Kempen MyZakat@8 untuk Zakat Perniagaan

Anda usahawan dan pemilik saham? Tinggal di Selangor? Dah bayar zakat perniagaan dan zakat saham? Jika iya, jom sertai kempen MyZakat@8 yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2018. Mana tahu, anda berpeluang memenangi komputer riba, telefon bimbit, tablet ataupun saguhati berupa baucer bernilai RM100! Sempat lagi kalau korang nak turut serta. 

Bila terbaca info mengenai Kempen MyZakat@8 ni, terus aku teringat pengalaman aku bekerja dan berpeluang uruskan bayaran zakat majikan aku. Seingat aku, bos aku tu tak pernah culas bab bayar zakat ni. Kemas tersusun butir bayaran dalam fail. 

Dan rezeki bos aku tu tak pernah putus. Ada sahaja rezeki yang masuk. Merasalah juga pekerja dia bonus tahunan, kenaikkan gaji setiap tahun dan bonus Raya Korban. Manalah tahu ada pekerja yang nak buat korban tahun tersebut. Sedikit sebanyak, pemberian bonus tersebut, dapatlah ringankan kos bayaran korban kelak.

Ahh, rindu pula aku pada suasana kerja yang aman macam tu. Okay, stop imbau kenangan kerja. Berikut aku sertakan sedikit info mengenai apa itu zakat perniagaan. Semoga menjadi panduan buat mereka yang tercari dan baru berjinak dalam dunia perniagaan. 

ZAKAT PERNIAGAAN 

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan. 

Sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya. 

CARA PENYERTAAN

Selepas membuat bayaran Zakat Perniagaan & Zakat Saham, sila layari webpage LZS di www.zakatselangor.com.my/zakatniaga dan lengkapkan maklumat diri anda. 

TERMA DAN SYARAT 
  • MyZakat@8 ('kempen') di anjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (penganjur) dan terbuka kepada semua pembayar yang membuat bayaran zakat perniagaan dan zakat saham di Lembaga Zakat Selangor (LZS) SAHAJA. 
  • Wargakerja LZS adalah tidak layak menyertai kempen ini. 
  • Setiap perserta tertakluk kepada SATU penyertaan SAHAJA.
  • Jumlah pembayaran zakat perniagaan & zakat saham adalah bawah RM50,000.
  • Tempoh kempen ini adalah dari 15 Okt 2018 - 31 Dis 2018.
  • Pemilihan pemenang akan di buat melalui e-cabutan dan di audit.
  • Pemenang akan dihubungi melalui telefon atau emel.
  • Pihak penganjur berhak menukar ganti hadiah yang ditawarkan dengan nilai yang setara tanpa sebarang notis.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan kempen, hubungi talian 03-8314 2313 (Afzalika), 03-8314 2222 (Jabatan Perniagaan) atau melalui alikasi whatsapp ke 011 2075 4557 (Afzalika).
  • Keputusan penganjur adalah muktamad.
  • Hadiah mestilah di tuntut dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pemakluman.                           
Kempen MyZakat untuk Zakat Perniagaan


Sebarang penyertaan whatsapp :
Afzalika : 011 2075 4557
atau laman web


8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Tunaikan tanggungjawab tuk hidup lebih berkat.

    BalasPadam
  2. Bagus kempen ni. Berkempen dan beramal.

    BalasPadam
  3. siapa ada perniagaan bolehlah buat ni kan..buat untuk beramal..bagus ni..

    BalasPadam
  4. Gaji mmg sudah sekali pemotongan zakat.. Hihihi

    BalasPadam
  5. Could potentially be at the same time a fairly fantastic post that marilyn and i clearly loved comprehending. Usually not regularly of which see the the chances to buy a device.Pay Online Zakat

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama