Tulusly, memang betul super oil control compact powder ni. Harga biasa-biasa tapi kualiti yang luarbiasa. Muka akak maintain lawa sepanjang berada di luar rumah. Tak perlu ambil tisu tepuk-tepuk manja dekat hidung mahupun dahi korang yang berminyak dan tepek bedak berkali-kali. Love it.
Tak caya. Korang cubalah. Ada dua jenis. Satu lagi warna biru. Ada vitamin C dan E. Yang biru tu, akak beli untuk anak akak. Remajakan teruja dengan vitamin-vitamin ni. Dan akak pun guna juga yang biru tu. Sekadar nak merasai keberkesanan powder tu. Memang super! Dua-dua harga mampu milik, dalam RM10. Dengan harga sebegitu, muka kau konfem terpegun kawan-kawan yang terlihat.
Akak pun pada mulanya was-was nak beli dan guna. Sebab dah biasa guna jenama A,B dan C. Yang harga setanding sekampit beras 10kg. Selalu saja pandang sesuatu pada barang yang murah. 😂. Hahaha...
salam blogwalking.. www.yanieyusuf.com
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!