Tahun 2016, bertambah seorang lagi peniaga baru yang berniaga di perkarangan sekolah. Suami isteri yang berniaga ice cream cup seringgit menarik perhatian aku. Tabah pasangan itu mencari rezeki di bawah panas matahari terik. Aku juga sudah ada pilihan samada nak beli dekat akak buah-buahan potong, adik sate ikan dan yang terbaru akak dan abang ice cream. Sementara tunggu anak aku balik dari sekolah, aku sabar menanti didalam kereta, sambil mengunyah buah-buahan dan air tebu ikat tepi.

Bukan pasangan itu sahaja, tahun ini juga aku lihat banyak gerai kecil-kecilan muncul dan di usahakan oleh generasi muda. Mungkin lepasan universiti agaknya. Dengan keadaan ekonomi yang teruk sekarang, peluang untuk mereka bekerja di pejabat mahupun jabatan berkaitan amat tipis. Daripada menanti peluang yang entahkan ada entahkan tidak, mereka bijak mengambil peluang dan tidak memilih untuk menjadi penganggur terhormat.

Aku, tahun ini juga aku mula berniaga Brownies dan Congo Bars. Punyalah sibuk sehinggalah ke tarikh ini baru aku berpeluang menulis di dalam blog. Tangan ni punyalah gatal nak menulis tetapi masa tidak mengizinkan. Terkilan juga aku. But life must goes on. Tak kira betapa huru haranya keadaan Malaysia sekarang, kita tetap seperti kita. Meneruskan kehidupan biar pun harga petrol naik, harga barang naik, harga tol naik dan serba serbi naik. 


Yang memerhati


Story Of Our Life...




Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama