Maaf sebab lambat sambung cerita otak seminit daripada aku. Banyak pula dugaan yang tiba-tiba menerpa. Apa yang aku tulis ni, takde draf. Dari fikiran terus tulis. Segala salah dan silap prinsip penulisan, harap dimaafkan. Setelah siap semua bab satu, aku akan letak tepi side bar. Pebetul semua tatabahasa.

Ikhlas daripada aku untuk korang.



Single Forever Alone
Karya: Eiza Greenappleku

Hak cipta terpelihara.


Yang nak baca bab satu sebelum bab ni, klik SFA.

Bab 1

" Eryna, rendang macam mana?" soal Nek Nab sebaik sahaja terlihat kelibat Eryna didapur. Jari jemari berpengalaman itu, masih ligat mengerjakan daun palas.

Nampak membukit ketupat palas yang berada didalam besen bersaiz sederhana besar. Adalah dalam lima puluh biji yang dah siap. Congak Eryna.

" On the way, nenda. Sekejap lagi masaklah. Banyak ketupat palas tu. Ada tempahan ke?" Sudip kayu digenggam kuat, mengacau rendang yang makin pekat. Peluh yang terbit didahi, ditekap dengan belakang tapak tangan.

" Tak ada sesiapa yang tempah. Ni semua untuk kita makan. Esokkan hari raya. Eh, rendang kau tu, cukup ke rasanya? Kau sendukkan sesudu. Nek nak rasa."

Eryna buat muka pelik. Selalunya Nek Nab tak ambil kisah pun sama ada rendang dia masin ke, tawar ke, jadi gulai ke. Tetapi hari ni..

" Nek..ini rendang Eryna la. Mestilah cukup rasanya." Pecah peluh Eryna mengacau rendang daging yang sedang rancak mendidih didalam kuali bersaiz sederhana besar. Sesekali terbit letupan kecil, mendarat di belakang tapak tangan. Tak sempat Eryna nak mengelak. Alamat, berparut la nanti.

Eryna yakin seratus peratus dengan rendangnya. Mesti sedap. Sejak dia berumur sebelas tahun, ilmu masak memasak diperturunkan secara berperingkat oleh mama. Dan resepi pertama yang dia belajar adalah rendang daging! Di saat rakan sebaya feeling happy belajar masak telur goreng ataupun nasi goreng cina, Eryna feeling nak demam mendengar nama resepi pilihan mama. Itulah pengalaman evergreen yang tak mungkin dilupakan.

" Sebab cucu nenek masaklah yang nenek kena rasa. Manalah tahu, ada yang kurang. Bolehlah diselamatkan sebelum terlambat."

Rendang sesudu besar, beralaskan piring kecil tetap dihulurkan kepada Nek Nab. Eryna kembali mengacau rendang daging yang hampir kering. Fasa ini perlukan perhatian sepenuhnya untuk elakkan rendang dari hangit!

" Nanti letak rendang yang dah siap dalam tiffin biru tu ye."

Tersenyum bangga Eryna mendengar pesanan nenda. Ternyata rendangnya sedap. Kata orang, alah tegal perkara biasa. Rendang yang berasap disendukkan sedikit ke dalam tiffin. Dibiarkan sejuk sebentar. Kata-kata nenda sebentar tadi, masih menjadi tanda tanya. Ligat bermain difikiran. Nak selamatkan dari apa sebelum terlambat?

" Nek nak beri pada Ustaz Fawwaz. Tahun ni, anak tunggal dia balik beraya di Malaysia. Anak lelaki dia tu, suka sangat makan rendang daging bersama ketupat palas. Apa ke nama budak tu? Issh… haa…" beriya-iya Nek Nab cuba ingat semula, nama anak Ustaz Fawwaz. Mata dipejamkan. Riak wajah penuh tumpuan.

Rasa tak sedap hati Eryna makin menyesakkan dada. Degupan jantung dah laju daripada biasa. Apa kena anak ustaz dengan rendang aku? Dah la persoalan tadi belum terjawap. Bertambah lagi satu persoalan. Setahu aku, Ustaz Fawwaz kan pakar masak rendang. Siapa tak kenal dengan rendang power Ustaz Fawwaz.

Dan apasal aku rasa tak sedap hati tak kala mendengar niat murni nenda?

Anak lelaki tunggal ustaz Fawwaz.  Emir Harith.
Credit to Google.

Nota : To be continue...


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama