Terimalah karya kreatif otak seminit daripada aku. Layankan sahaja ye. Tee hee..



Single Forever Alone
Karya: Eiza GreenAppleKu



 BUNYI alert tone telegram rancak berdering sejak tadi. Apasal meriah semacam ni? Eryna kerut kening. Pelik? Siapa pulalah add aku dalam group Single Forever Alone? Laju jari telunjuk menari di skrin smartphone.

 Sengeh dua saat takkala dia melihat senarai nama ahli kumpulan. Terjawab sudah persoalan. Memang semuanya masih single. Bebas dari virus couple.

 Apa matlamat group ni? 

Eryna tersenyum menanti jawapan. 

 Mandi bunga secara berjemaah. Semoga kita semua dapat jodoh serentak. Terselit ikon feeling crazy tersengeh daripada Lysa.

 Eryna simpan senyum, tak kala membaca matlamat group ditubuhkan. Ada-ada sahaja Lysa ni. 

Aku doakan, kita berempat ni dapat berjodoh dengan pemuda yang beragama dan  berakhlak. Amin.

 Laju Lysa, Wafa dan Sherry bergilir meng'amin' kan doa Eryna. Dengan harapan, semoga mereka berjodoh dengan insan yang berciri tersebut.

Sebaik-baik doa, ialah berdoa pada hari Arafah. Korang tahu kan? 

Tambah Eryna sekadar berkongsi ilmu agama. Kata orang, sharing is caring.

Lysa orang yang pertama memberi respon. 

Oh ya ke? Kalau macam tu, aku out dulu. Nak solat dhuha. Nak berdoa agar calon suami aku kelak, se ensem Steve Rogers.

Amboi, melangitnya impian. Nak cari se ensem Captain Amerika rupanya. Perasan! Usik Wafa.   

Wafa, kalau tak dapat yang sebijik rupa Steve Rogers, yang sipi-sipi pun jadilah. Sakan Sherry mengusik Lysa.

 Dua minit berlalu. Telegram sepi. Agaknya  mereka bertiga, benar-benar sedang menunaikan solat dhuha. Malas menunggu, Eryna berlalu ke dapur. Hendak mengacau rendang yang semakin pekat mendidih di dalam kuali. Siap nanti, boleh pekena dengan roti. Perghh…

Calon suami impian Lysa..

Hak cipta terpelihara.


Nota GreenAppleKu : Selamat Hari Raya Haji dari saya untuk korang ya.


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Carlos Santiago... Bestkan..bestkan...(abaikan rasa teruja seminit aku..) Tq sebab drop komen. Karya will be continue... Sabar. ;-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama