Single and not available ! Kenapa ? Apa yang best sangat memilih untuk tetap bersendirian ? Tak sunyi ker ? Bosan ker ? Dia kata tak, sebab,
- Tidak perlu memikirkan nak pakai baju apa setiap kali hendak berjumpa.
- Lebih jimat sebab tidak perlu rasa serba salah setiap kali nak bayar harga makanan di restoran jika makan berdua.
- Hati tenang, tak payah nak fikir bab nak pujuk memujuk dan nak bersoal jawap ketika " you pergi mana? kenapa tak beritahu i. "
- Boleh tidur awal, tidak perlu tidur lewat malam sebab menjawap panggilan. Jika tak jawap, ada pula yang merajuk. Nanti susah pula hendak di pujuk.
- Hendak pergi kemana pun boleh. Nak buat apa pun boleh. Asalkan tidak terbuat perkara yang salah disisi agama Islam.
- Jimat duit untuk kali kedua sebab tak perlu susah payah nak beli hadiah setiap kali tibanya hari lahir dan hari ulangtahun pertemuan pertama. Kalau tak beli, sila sediakan alasan yang logik di terima akal.
- Bebas untuk membuat pilihan. Nak pakai baju pink, beg pink, tudung pink dan kasut pink tiada siapa yang kata, " you ni terlebih makan ubat ker? "
- Tidak perlu tawaf shopping kompleks bila tiba masa untuk membeli baju raya, kasut raya, kuih raya hatta kad raya. Itu belum hari-hari lain lagi tu.
- Boleh tumpukan perhatian sepenuhnya pada study tanpa sebarang gangguan.
- Tidak perlu jadi hipokrit semata-mata hendak menjaga hati pasangan. Pasangan suka warna merah, anda juga terpaksa suka warna tersebut sebab nak jaga hati. Kes dapat hadiah kasut warna merah, padahal anda suka warna hitam.
Itu adalah antara sebab musabab seseorang yang masih single dan memilih untuk tetap single sehinggalah ke satu hari yang tidak di letakkan tarikhnya. Idea asal untuk artikel ini adalah dari delarocha <--- klik, dan saya rasa amat menarik untuk di jadikan entri. :)
hati tenang bila single..tp bila usia semakin menuju puncak, hati yang tenang tu bertukar jadi gelisah jika jodohnya masih tak sampai2..:D
BalasPadamsingle, not available..tapi hot..mcm mna tu eh?haha
BalasPadamYang penting, single, alone, but not lonely. I'm a loner. ;-)
BalasPadam* Tahukah anda bahawa The Green Hornet adalah anak saudara kepada The Lone Ranger?
Terbaru dari Logokoko:
[U] Dua lagi rekabentuk LOGO mengancam untuk pilihan EqbalZack.com!
[18SX] Cinta malam pertama
[18PGSX] Logorithm's Wordless Wednesday #5 - Pecah kepala!
suke yg last sekali..memang x hipokrit..
BalasPadambtw button follower da ok..
:)
Hehehe, lana pun tertarik dgn entry abg iwan delarocha tu, heh3. ingat nak bagi cth dasat2 sket, skali kisah makwe pakwe,hik3.
BalasPadamTapi, sampai satu tahap, berdua itu pasti lebih baik. Kerana takdirNYA, dunia ini tak bleh berdiri atas satu perkara, kena dua baru saling melengkapi. Ada perempuan,adalah lelakinya. ada salah,ada betulnya..
Sekadar coretan lana, bye awak! salam,hahahaha
huk huk huk.. tersedak pulak.
BalasPadamada org cakap pasal saya kah? huhuhu
@green apple - selagi single ni buat la apa yang diinginkan ye, nnt dah berpunya banyak pantang larangnya.
hargai hari SINGLE anda !!
oppss terlebih sudahhhh, buat mcm blog sendiri pulak, hehe
kalau dah bercinta tu jgn lama2x..hohoh
BalasPadamdulu kite teramat suke "single and available"..sebab boleh buat perkara-perkara diatas..
BalasPadamtapi sekarang hati dah penuh dengan bunga..hehe..
sunyi tanpa teman.. (^^)
single/dah berpunya ada kelebihannnya.. ;)
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!