Tips buat mereka yang bakal menghadiri temuduga kerja. Sila pastikan portfolio (hasil kerja) anda sehebat kemahiran anda. Anda boleh letak apa sahaja hasil kerja anda untuk penuhkan portfolio agar nampak hebat di mata orang yang temuduga anda tapi awas!

Tidak semua syarikat terutamanya syarikat swasta yang anda pohon, akan meneliti permohonan anda berdasarkan portfolio dan petahnya anda berbicara. Walaupun anda boleh bertutur bahasa lain selain bahasa Melayu dan English, kemahiran tetap akan di beri keutamakan.

Contoh.

Jawatan yang di pohon : Pembantu teknikal jurusan senibina

1.  Datang awal sebelum waktu temuduga. 

2.  Menjawap ujian minda, masa yang di berikan 5 minit.

3. Kemahiran komputer proficient in Architecture Software -AutoCAD 2011, SketchUP 7, Photoshop and Microsoft Office, masa yang di berikan 20 minit.

4.  Boleh bekerja di bawah tekanan. Semasa anda sedang menyiapkan ujian kemahiran, anda akan di pantau oleh seorang senior staff. Anda siapkan lukisan sambil menghadap komputer, senior staff akan duduk di sebelah anda sambil lihat apa yang anda buat.

5.  Selepas itu, barulah anda akan di temuduga oleh bos. Bos akan meneliti ujian minda dan ujian kemahiran yang telah anda buat sebentar tadi.

Ehm, ada berani ? 

Masuk hari ini, sudah dua orang tidak lulus temuduga kerana apa yang dibelajar serta kemahiran yang ada dalam portfolio, tidak dapat di persembahkan ketika temuduga.

Gementar, lupa cara nak buat, ingatkan temuduga biasa-biasa, tidak sangka ada ujian kemahiran dan ujian minda, adalah alasan yang sering di borok kosong bersama saya ketika mereka habis temuduga.

Itu semua tidak sepatutnya terjadi. Be prepared. Biar anda nampak hebat seperti portfolio anda. :)   

Nota : Teringat kali pertama saya hadir temuduga untuk jawatan di bidang pengurusan. Ujian kemahiran, menaip satu surat rasmi dalam masa 5 minit. 

Soalan yang mula-mula bos no.1 kata : " Wow, you are from xxxxx school and your english must be good. "

Bos no.2 : " Bukan apa, ada sesetengah surat yang perlu dikarang dalam english. Terutama bab payment dan sijil arkitek yang dikeluarkan. "

Syukur, saya lulus dan tenang ketika berhadapan dengan situasi yang memang tidak di sangka-sangka. Saya tidak hiraukan siapa yang sedang melihat saya menaip. Tumpuan saya adalah untuk memberikan yang terbaik dalam masa yang di tetapkan.


Ingatkan interview biasa-biasa jer. Sudahlah saya di berikan komputer apple yang mana sebelum ini tidak pernah saya gunakan. Grrrr.... : )



10 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. wwowowo! kalau architecture firm memang nak tgk portfolio je, result memang rasanyer x pernah tanyer,hehehe, masa kejer AA dulu, lebih 10 firm intervw, mcm2 kerenah, ada dapat, ada x? tapi skunk gaji sangt rendah lagi2 untuk budal part 1 arki ni, penah firm melayu nak bg gaji rm800 sebulan? rasa mcm xde kelulusan buat mcm tu, kena pandai cr firm mana yg best, firm kecik dpt blajar semua n konpem semua nanti sekepala, uhhuh, rindu pulak masa kejer.

    BalasPadam
  2. lagi satu saya ada kawan yg dalam masa setahun tukar tempat kejer dah 4kali, 2 di penang, 1 di johor, lastes d KL, selang 3 bulan, sebab nak naik gaji,heheh, sajer share je

    BalasPadam
  3. @ Zul, firm mana yg kasi that rate of gaji yer ? Zaman dah berubah Zul, banyak kes penipuan dalam portfolio. Jika perkara yg basic pun dah tak tahu buat, camna nak buat kerja kan. Setakat ini, firm yg saya kerja yg mana pemiliknya 100% milik orang melayu memang mengutamakan kemahiran. Gaji berdasarkan kemahiran. Jika ada diploma, itu merupakan markah tambahan utk bos up kan gaji.

    Eh, jawatan kosong di atas masih ada. Kpd sesiapa yg berminat, sila tinggalkan komen yer.

    BalasPadam
  4. ada firm kat KL,sentul, skunk memang ramai menipu je, amik je kejer orang lain, pastu bila suh buat, x tau,hehehe

    BalasPadam
  5. @ Zul, haha,so untuk elakkan kes buang masa cam tu, ada baiknya ujian kemahiran yg bos saya kenakan. Dari situ kita dah dpt tahu, yg mana satu asli dan yang mana satu cetak rompak. hehe.. (malu ler kalau ada yg kantoi cam tu :)

    BalasPadam
  6. ermmm.. 'your english must be good'


    :-)

    BalasPadam
  7. @ delarocha, tapi tak lah se'good' mana pun sebab ada yg lebih bagus dari saya. Memang dah rezeki agaknyer.. :)

    BalasPadam
  8. susah jgak rupanye nak keje ni..haha..siap kena interview dalam stress...haha

    BalasPadam
  9. dah tak ingat kisah interview mcm ni kerana dah terlampau byk kali masuk interview.

    nasib baik skang dah tenang dgn kerja yg ada...

    BalasPadam
  10. saya bekerja diline archi. kerja kosong tu still avalaible ke... boleh emailkan detail tak? mcm berminat je.. tq...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama