Kecewa dengan sikap sesetengah manusia yang di matanya ;
a: Cara ini tidak kena, kena buat cara sebegini.
b: Ikut cara aku. Cara kau tidak kena.
c: Ikut stail aku tulis artikel, cara kau banyak 'copy paste' karya orang lain.
Siapa kata saya tidak tulis artikel sendiri ? Sila teliti satu per satu artikel dalam blog saya. Dan karya orang yang saya 'copy paste' akan saya kongsikan dengan semua UNTUK MEREKA YANG HENDAK MENGAMBIL IKHTIBAR DAN BUAT MEREKA YANG TERCARI-CARI SESUATU INFO MENGENAI MASALAH DIRI YANG SEDANG MELANDA.
Bukan cara saya untuk baca karya orang lain, buat rumusan dan terbitkan artikel. Artikel tu, letak nama saya yang mana asal-usul artikel tersebut bukan idea asal saya. No, no.
Saya lebih suka mengekalkan artikel asal hak milik orang lain. Itu hasil kerja menulis mereka. Dan saya menghargai penulisan mereka yang punya gaya tersendiri dengan pengajaran yang baik untuk dijadikan panduan buat mereka yang memerlukan.
Hidup ini penuh dengan warna warni kehidupan manusia yang ada pelbagai cerita untuk di baca dan dikongsikan bersama. Nikmatilah kehidupan ini seadanya.
Manusia ni, memang macam tu..suka sangat mengkritik atau mencari kesalahan orang lain..sebab tu adanya pepatah "kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata, buat2 tak nampak"..
BalasPadamapa nak dikatakan...itulah sikap manusia.
BalasPadamyg penting empunya ne nih besh!
@ Mylady, suka pepatah kuman ngan gajah tu. :)
BalasPadam@ ♥ Elin ♥, tq elin.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!