Mulakan hari anda dengan senyuman yang ikhlas dari hati yang ikhlas. Bukan kerana terpaksa atau dipaksa untuk senyum. 


Terpaksa senyum,

Berselisih dengan bos ketika sama-sama naik lif. Walaupun semalam berbakul dimarah bos ketika mesyuarat kerana masalah projek yang lewat siap, anda terpaksa senyum pada bos yang sedang senyum pada anda.

Cerita semalam, jadikan pengajaran. Jangan disimpan dalam hati. Adat bekerja. Tidak ada kenangan manis jika tidak pernah kena marah dengan bos! 


Dipaksa untuk senyum,

" Abang tahu Lisa masih marah pada abang. I'm so sorry. Tapi please, senyum sikit bila Lisa jumpa parents abang. Abang janji, lain kali abang akan pakai shirt warna pink yang Lisa hadiahkan tu yer." 

Pujuk Zack ketika Lisa merajuk gara-gara Zack tidak pakai t-shirt berwarna pink sedondong dengan Lisa !


Senyuman yang ikhlas,

Semua tahu, senyum juga satu sedekah. Kalau dah tahu, kenapa malas benar nak senyum. Tidak rugi malah dapat menambah pahala sedekah. Wajah pun tampak menawan sebab senyum juga ubat untuk awet muda.

Tapi awas, jangan pula tersenyum pada isteri mahupun suami orang. Jika terjadi perkara yang tidak di ingini, jangan marah pada greenappleku yer..


Terima kasih sebab sudi singgah, baca, gelak sorang diri dan komen di blog picisan ini.  


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama