Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.
Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.
"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."
"Kalau dekat kenapa?"
"Saya cium awak!"
"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.
"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"
"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.
"Betul? Betul tak rindukan saya?"
Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia.
RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang
Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.
Pesanan GreenAppleKu : Tak boleh jatuh cinta pada tunang orang. Be a good person. Kalau orang jatuh cinta pada tunang anda pula, apa yang anda rasa. Buang jauh-jauh rasa rindu, rasa cinta tersebut. Jadilah seorang blogger. Ianya mampu merawat rasa sunyi di dalam hati. Betul tak korang?
Dan untuk baca selanjutnya cerita diatas, boleh dapatkan novel terbaru karya MARISSA yang bertajuk BILA HATI KATA SAYANG.
hehe..betol..betol..
BalasPadamtak perlu lah ada perasaan dekat buah hati orang lain..lebih-lebih lagi tunangan orang dengan suami/isteri..
jadi blogger pown jadilah blogger yang baik.. ;)
yang boleh dijadikan contoh..heee
setuju sesangat..sebab tu la kot orang kata waktu bertunang ni, darah manis, sebab ada banyak ngat cobaaannn masa bertunang ni..
BalasPadambetul tu..jadilah blogger..ada apa2 yang tak puas hati, nak luahkan perasaan, nak berkongsi info, semua boleh...chaiyok..chaiyokk...
Assalamualaikum.
BalasPadamSebaiknya jangan tunang lama-lama untuk mengelak hal seperti ini terjadi...
@ Quca, benar jodoh tu ketentuan dariNya. Tapi kita di kurniakan akal dan fikiran. Takkan kalau dah tahu si dia hak milik seseorg, tergamak korang nak tackle juga ker? Jgn cari masalah. Live life happy wei...
BalasPadam@ Mylady, pada pendapat saya, kalau dah berkwn bertahun, dah tak perlu tunang2 ni, lebih baik akad nikah terus.
BalasPadam@ Phoenix, setuju ngan komen awak. hehe..
BalasPadamwaduhhh baca sikit pun dah bestttt ni.. ada dijual di mph tak? nak beliiiiiiiiiiiiiii =)
BalasPadamhehe keadaan rumit ni kalau melibatkan hati =) teruskan sabar kerana ada yang lebih baik
BalasPadamblog akak telah ditag
http://www.mohamadazhan.com/2011/06/info-sihat-kebaikan-epal-hijau.html
Terima kasih sebab sudi jengah page saya
BalasPadamCIRI-CIRI BLOG YANG MENDAPAT SAMBUTAN PEMBACA
@ Adza, kalau stok buku dah sampai, konfem ada buku tu kat MPH.
BalasPadam@ Azhan,bukan nak ngade-ngade, epal hijau memang konfem bagus utk kesihatan. Terutama jusnya. Kalau nak mkn epal, mkn dgn kulitnya sekali sebab di situlah terdpt byk khasiat.
BalasPadamTerima kasih sebab tidak lupa pada greenappleku.
Tgk epal hijau, ingat greenappleku tau. hehe..
@ Dr. LOve, agak2 nya lah, blog saya ni layak tak Dr?
BalasPadamhohho...lumrah manusia kan..bila dah jadi hak org lain..baru nak berebut2 ngan org len...tp 2 sume tpulng pade diri...hnye diri kite yg mencorakkan seme 2..:)
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!