kartun.jpg

GreenAppleKu : Isu yang panas dek kerana tersiarnya artikel di atas. Saya sendiri kurang pasti apa tujuan utama penulis artikel tersebut. Adakah beliau hendak memerli seseorang, memperlekehkan agama atau hendak mempersendakan sistem perundangan di negara kita? 

Terdapat lebih dari satu pendapat dan kesimpulan yang boleh kita buat sebaik sahaja selesai membaca artikel tersebut.

Ini juga boleh kita jadikan ikhtibar dalam penulisan di blog kita. Artikel biarlah jelas dengan isu yang hendak disampaikan. Supaya orang yang membaca tidak tersalah tafsir, apa yang hendak kita sampaikan. Peace, no war.

Pendapat Dr. Maza mengenai isu ini ,

Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi. Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. 

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?


8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. aku terus terang je la..takde nak berkias2..apa yang aku faham, kartun ni nak perli Hadi Awang..kan Hadi Awang ada bagitahu yang video seks tu tak boleh dijadikan bukti sebab dia adalah besi..tapi bagi polis, bukti kes rogol, video tu pun boleh dijadikan bukti

    BalasPadam
  2. perbincangan yang menarik.. tapi sebenarnya nampak macam nak menunjukkan Islam itu kurang berfikir... pada satu sisi la..

    : movie mistakes dalam filem PAUL..
    : AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm

    BalasPadam
  3. @ Faris Adli, ada gak terfikir yang itu juga salah satu maksud artikel hot tu...

    BalasPadam
  4. @ OrAng_PeRLiS_mEnULiS, komen awak pun termasuk dalam senarai pendapat yang boleh di tafsirkan.

    BalasPadam
  5. isu yg cba dpjelaskan agak isu HOT gak la.. cara islam atau moden mana lgi tepat..perr..!! takut nak bg komen..he..he..

    BalasPadam
  6. @ sobri yaacob, yang pasti, setiap dari kita punya komen yg tersendiri. Betul2 panas isu nih. Eh, TQ sebab sudi singgah, baca dan komen yer..

    BalasPadam
  7. En3 yg bagus..biasalah malaysia..yg betul di katakan salah dan yg salah dikatakan betul...siapa yang kuasa dia yang menang..azali dunia akhir zaman...

    BalasPadam
  8. setahui saya,yang diperlukan 4 saksi itu, kes zina..bukan rogol..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama