Apabila saya menyebut bahawa hendaklah kita menjawab salam ‘bukan muslim’ yang tidak memerangi Islam, ada kelompok ekstrimis yang membantah mati-matian. Alasan mereka senang sahaja; 

‘kami tidak pernah dengar pun ada tok guru pondok kami ajar demikian’. 

Mereka ini jadikan seakan ilmu Islam keseluruhannya terkumpul di pondok-pondok yang pernah mereka belajar. Sesetengahnya ustaz pula telah mengharamkan diri dari membaca atau mentelaah apa yang tidak pernah disebut oleh mazhab nusantara atau generasi lama di tempatnya. Sumbangan pengajian pondok di rantau ini tidak boleh dinafikan. Namun sentimen tanpa hujah bukan ilmu yang diiktiraf dalam Islam.

Islam adalah agama yang sejahtera. Penampilan dan inti kandungannya adalah berteras kekukuhan nilai dan keindahan hakiki. Islam itu akan indah jika kita benar-benar jadikan teras kefahaman kita terhadapnya bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat golongan ‘ustaz’ bukan kesemuanya tepat dengan kedua sumber agung tersebut. Bukan semua yang dianugerahkan darjah kenamaan ‘ustaz’ menguasai tajuk yang dia mengajar atau memperkatakannya. Jika semua seiras dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah tentu tiada perselisihan pokok antara sesama ‘ustaz’.

Jika tidak, masakan ada ustaz-ustaz yang berlainan kumpulan politik dan sesat menyesatkan antara satu sama lain. Kesimpulannya, pandangan golongan agama boleh diterima dan ditolak. Hanya yang tidak boleh ditolak ialah nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Sesiapa yang mengemukakan hujah berteraskan kedua sumber agung itu dan menuruti kaedah kefahaman nas yang diakui oleh disiplin kesarjanaan, maka pendapat diiktirafnya. Jika tidak, ‘ustaz’ atau ‘tok guru’ atau ‘mufti’ bukan rasul yang diutuskan sehingga setiap kalimah dari mulut mereka dinilai dengan neraca kewahyuan.

Di kalangan para ulama yang melarang menjawab salam pun, berpendapat jika keadaan memerlukan maka diboleh untuk menjawab. Mereka contohkan seperti bimbang disakiti atau berlaku perkara yang tidak baik. Saya katakan keadaan umat hari ini menuntut kita menjawabnya dari segi nas, juga realiti kehidupan

Islam sudah dihodohkan rupa parasnya yang indah oleh penganut dan penentang. Enggan membalas ucapan baik dengan ucapan yang baik juga hanya akan menambahkan contengan di wajah Islam yang kudus. Maka menjawab salam bukan Islam di zaman ini adalah suatu kewajiban dari segi nas dan tanggungjawab dakwah.


GreenAppleKu : Salam sejahtera buat semua yang sudi singgah ke blog ini. Moga artikel kali ini ada jawapnya kepada persoalan yang telah lama bermain diminda kita. Klik sini untuk baca lebih terperinci mengenai isu di atas. 


8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. ada org cakap tak boleh..ada cakap boleh..kompius gak..ni kena tanya ustaz2 ni..:)

    salam jumaat laling :)

    BalasPadam
  2. salam
    ia ucapan penghormatan kepada sesiapa sahaja dan turut mendoakan kesejahteraan kepada orang yang ditemui.
    apakah itu juga dilarang atau tidak dibenarkan?
    mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain lain tanpa mengira warna kulit dan keturunan pun dikira ibadah...mudah--mudahan salam kita hulur itu membuka hati menunjukki ke jalan yang di redhaiNya...amien.

    BalasPadam
  3. Terima kasih keran sudi berkongsi info di entry ini.

    SMTI :)

    BalasPadam
  4. hurm..menjawab salam sejahtera boleh kan kak? :)
    pape pown semuanya untuk kesejahteraan kite semua bersama.. =)

    BalasPadam
  5. @ honey amour, daripada apa yg uztas Maza terangkan, dibolehkan kita menjwp salam dari seorang yg bukan muslim jika kita lihat salam mereka ikhlas. Benda2 ni kita akan tahu, samada mereka just nak main2 atau mereka benar2 ikhlas mendoakan kesejateraan kita.

    Profile gambar laling dah berubah ler..comel..hehe..

    BalasPadam
  6. @ zaini zaa, jika mereka ikhlas memberi salam buat kita, kenapa tidak kita menjwpnyer. Usah risau, Allah maha mengetahui. Terjah blog Dr. Maza utk kupasan yg lebih detail.

    TQ sebab sudi terjah dan komen di blog saya yer..

    BalasPadam
  7. @ Mazidul Akmal Sidik, kejap..(sambil gosok2 mata) betulkah apa yang ku lihat. En. Mazidul TV3 tu!!

    TQ sebab sudi singgah, baca dan komen di blog picisan saya ni.

    BalasPadam
  8. @ qucachahir, betul tu adik comelku nan santun lagi ayu..sesambil tu boehjuga kita infokan kepada mereka, apa makna salam yg diluhurkan. ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama