Ray : Horatio, kau agak-agaklah, kita nak luluskan ker tak pemberian insentif ni pada Mr. Polo (nick name kepada encik poligami) yang beristeri tiga tu..

Horatio : Ray.. kita akan siasat hingga ke akar umbi.


Sejak kebelakangan ni, isu poligami telah mengalami beberapa penambah baikkan sehingga ada pihak yang ingin menawarkan insentif ( Not sure dalam bentuk apa insentif tersebut. Samada dapat kereta sorang sebijik ker, rumah ker ataupun elaun bulanan tetap! ) jika pasangan yang berpoligami adil, telus dan tidak menyembunyikan perkahwinannya.

Nampaknyer semakin bertambahlah kerja dan tanggungjawap isteri-isteri pertama untuk memantau tingkah laku suami. Hendak pula suaminya seorang yang mempunyai aset. Rezeki melimpah ruah. Bertanggungjawap terhadap keluarga sendiri hatta keluarga mertua. Seorang yang dermawan. Dan seorang hamba yang patuh terhadap perintah agama. Tidak tinggal solat!

Herm..kepada en. suami yang tidak mempunyai ciri-ciri diatas, tetapi punya impian untuk berpoligami. Sila tanamkan impian anda tersebut. Perbaiki institusi keluarga,diri sendiri dan hubungan anda dengan Allahswt terlebih dahulu. Andai satu hari semuanya telah mantap, bolehlah gali semula impian anda. Mana tahu, gali punya gali terjumpa wang bernilai RM1 juta. (sila rujuk tajuk Metro hari ni)

Poligami itu indah kerana ianya adalah dari Allah swt. Yang memburukkan poligami itu adalah manusia itu sendiri. JANGAN nanti timbul pula isu, ada yang berpoligami hanya semata-mata untuk mendapatkan insentif. Dah tersasar jauh dari tujuan sebenar berpoligami. 


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. as salam..
    wah! boleh dijadikan entri ni!
    hm..manusia..sedangkan alim ulama masih ada, dah mula menambah, menghalalkan..isk..makin risau..

    BalasPadam
  2. assalam...saya pun tertarik dgn artikel harian metro semalam...mcm nak cakap sesuatu tapi tak pasti lagi...hehehe.tp kalau niat utk membela nasib ibu tunggal...itu mmg digalakkan sbb Rasulullah SAW pun pernah buat...wow siap tanam duit tuh...fuhhh

    BalasPadam
  3. @ Подтверждаю, boleh dijadikan entri agar tidak ada yg mengambil kesempatan pula..huhu..

    BalasPadam
  4. @ ►AdamXis◄ , betul tu Adam, apa2 yg telah Allah tetapkan tu, indah sebenarnya tapi manusia2lah yg suka merosakkannya. Hope artikel saya ini dpt di jadikan panduan utk Adam mula tulis apa yg terbuku di hati tu.

    BalasPadam
  5. menarik kak..jarang seorang wanita berbicara soal ni. Tetapi ramai yang berpoligami atas tujuan lain...jauh sgt nak cari redha Allah...kalau tak mampu tak perlu..daripada nak peroleh pahala...dosa pula yang ditambah...

    BalasPadam
  6. @ Mohamadazhan.com, eh iyer ker. Sebagai panduan utk wanita juga. Manalah tahu esok lusa di uji dengan ujian poligami.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama