Sedar tak sedar, terasa betapa cepatnya masa yang berlalu. Belek-belek kalender kuda (suka kalender ni sebab amat detail info tentang cuti dan sebagainya) lagi dua bulan kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. 

Girl..you all dah habis ker ganti puasa tahun lepas. Kalau belum, cepat-cepat ganti untuk selesaikan hutang kita dengan diri sendiri.

Terjah blog wanitamelayuseksa ( ini bukan blog lucah walaupun sekali baca seperti nama blog lucah ) ada kempen jangan PAKAI legging JIKA hendak ke bazar ramadhan nanti. Kesian ler kat pakcik-pakcik dan abang-abang yang penat berpuasa sepanjang hari. 

Dah berkurangan pahala puasa mereka kerana terpandang wanita berlengging sedang membeli ayam percik di bazaar. Takkan nak jalan tutup mata pula kan. Agak-agaklah.

Pengalaman saya sendiri sepetang di bazaar ramadhan masjid Bayan Baru, Pulau Pinang tidak kurang hebatnya. Wanita pangkat emak-emak ( sekitar umur 45 tahun keatas ) sekadar memakai baju tanpa lengan + seluar jeans ketat with rambut berwarna perang. Bercermin mata CK tampil bergaya dan sungguh saya yang melihat berasa TIDAK KENA GAYA TU MAKCIK.

Makcik tersebut terlupa agaknya, bazaar tu belakang masjid sahaja. Kalau ingin merasa enaknya bubur lambuk percuma, makcik terpaksa beratur dalam kawasan masjid untuk mendapatkan bubur tersebut.

" Awalnya buat kempen, puasa lagi dua bulan ler.."

Tak rugi buat kempen awal-awal ni. Boleh kita menabung untuk beli baju yang menutup aurat untuk di pakai di bulan Ramadhan nanti. 


29 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. melampau benau bulan puasa pon nak kena pakai legging...
    yang makcik CK tu pon...nak vogue pon tunggu raya lah...HAHAH

    BalasPadam
  2. bagus entri ni kak..mmg kena buat awal2..hee

    BalasPadam
  3. @ mizz, jom join this kempen. tampal kat blog besar2.

    BalasPadam
  4. @ Afuan, haha..betul tu nak bergaya tunggu raya ler..

    BalasPadam
  5. @ Ujang, join ler ujang. Sebarkan dan tampal kat blog semoga ada yg mendapat panduan berfesyen nanti. haha..

    BalasPadam
  6. oryte, nnt sy buat kempen ni gak.. :)

    BalasPadam
  7. hehehe..lawak gile..

    GA..nanti hang print out la poster nih tampal kat pasar2 ramadhan ni.. kalau dak nanti, mesti ada yang jalan lenggang pakai legging..hahaha

    BalasPadam
  8. bagus kempen ni.Saya sokong,pergi bazar x payah lah nak berlegging-legging pon

    BalasPadam
  9. @ my lady, boleh gunapakai gak idea hang tu awesome. haha..

    BalasPadam
  10. @ sesegar, jgn lupa pacak dalam blog tau.. (eh, awak still belajar di jepun ker) kat jepun ada bazaar ramadhan tak?

    BalasPadam
  11. @ diyana, betul tu diyana, kalau nak gak pakai legging, pakai ngan jubah atau baju kurung jer. Bukan per, kalau naik motor bila terselak dek tiupan angin tak ler nampak kaki..huhu..

    BalasPadam
  12. org skrg ramai yg camtu .. Bertudung tapi tak tutup aurat.

    BalasPadam
  13. @ kakchik, hai dear..lamanyer tak terjah sini. miss you..haha..

    BalasPadam
  14. saya rasa saya chantek kalau legging..sila jangan larang saya!!!!! ahahahahahah

    BalasPadam
  15. setuju kak, ramai sgt mcm ni sekarang, legging tu dah rupa membogelkan diri, xtau ah, fesyen semata2 dr mnutup aurat

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah. Moga ianya mampu dilaksanakan. Bukan sahaja di bulan Ramadhan, malahan bulan2 lain juga :)

    BalasPadam
  17. yane pernah nampak wanita lingkungan 40+ berlegging putih tapi bertudung..tak sesuai la..memalukan

    BalasPadam
  18. em,,betol 2 kak...hormatla cket kat owang laen yg berpuase 2..

    BalasPadam
  19. saya sokong!!!!! sangat2x... bukannya cantik pon pakai macam tu..buat sakit mata je..huhu

    entri terbaru
    hentian bas puduraya baru..cantikk

    BalasPadam
  20. as salam..

    ▂ ▃ ▅ ▆ 100%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    haih..esplotasi iman..kalau tak diharamkan penjualan legging ni, selagi tu juga pembeli2nya dikalangan umat Islam. tapi kalau si isteri, demi suaminya.. =)

    puasa? alhamdulillah..

    saya cuma nak bagitau..

    Islam memenjarakan kita.
    GA tahu?

    BalasPadam
  21. @ Adybudika, kahkahkah..ikut suka kamu ler Ady oiiii...

    BalasPadam
  22. @ Hami Asraff, sangat teruja lihat komen awak ni. Yup sepatutnya ianya terus dilaksanakan pada bila-bila masa. Tidak hanya pada bulan Ramadhan jer..kerna itulah yang sebaiknya.

    BalasPadam
  23. @ fadh, baju konfem labuh just betul2 paras punggung..memang tak awesome. herm...

    BalasPadam
  24. @ budak tembam, kesian ler sama kat orang lain kan.

    BalasPadam
  25. @ Umi, tapi kalau mereka rasa cantik dan stylo camna pula yer..bangga dpt pakai legging. to me, ianya amat memalukan..huhu..

    BalasPadam
  26. @ fadzli, okay gak yer kalau diharamkan..hehe..settle the problem.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama