Selepas selesai satu majlis, saya berbual dengan beberapa orang dalam lingkungan 50-an. Orang ini hidup agak susah juga dan berhajat untuk memohon bantuan dari Majlis Agama Islam Johor. Dalam perbualan itu, lelaki ini tidak mengenali saya dan jawatan saya.

Yang dia kenal adalah ketua kampung situ yang nampak peramah juga. Dalam perbualan tu, saya menyampuk juga, sebab dia sihat tubuh badan tapi tak mahu berusaha. Kerja dia cuma menyambil-nyambil saja dan bukan hari-hari. Malah isteri dia lebih rajin dari dia dan bekerja setiap hari menanggung perbelanjaan anak-anak.

Bila saya tanya soalan tu, dia jawab.

"Tak apalah tak ada duit sekarang. Manalah tahu, kalau satu hari nanti saya dapat nombor ekor sejuta ringgit...". Kata dia.

Bila cakap macam tu, ketua kampung tu macam bengang juga. Apa taknya, orang sebut pasal usaha, dia kata usaha nombor ekor pulak. Yang memalukan lagi, depan kadi pun cerita pasal nombor ekor. Rupanya lelaki ni kaki judi juga dan memahat cita-cita yang satu hari nanti dia akan menang nombor ekor. Dia ni rasanya kalau kenal saya ni Kadi, pasti dia tak cerita macam tu.

GreenAppleKu : Artikel berasal dari blog Ustaz Mohd Khalil. Memang ada sesetengah manusia yang kerjaya sambilannya kaki nombor ekor. Mereka tahu rezeki dari sumber sebegini salah dan haram tetapi bagi mereka ini, itu sahaja jalan mudah yang ada untuk menjana income keluarga.

Income bersumberkan jalan yang haram ni jika besar hasilnya maka besar jugalah perbelanjaanya. Sedar-sedar tak sampai sebulan duit tu habis dibelanjakan entah ke mana. 

Satu kisah benar yang saya pernah saya dengar, ada kaki judi yang sanggup meredah hutan belantara, gunung ganang untuk berjumpa jin semata-mata untuk mendapatkan nombor. Jin mengenakan syarat, jika menang nombor tersebut, si polan harus mengorbankan seekor kambing untuk di jadikan santapan jin. Erk!!

Duit dah menang, kambing pun telah dikorbankan. Hutang piutang dapat diselesaikan. Kewangan keluarga turut berubah. Kereta telah bertukar baru. Satu keluarga tampil bergaya.

Itu kehidupan mereka didunia yang sementara ini. Di akhirat? 

Nota : Selamat Hari Bapa kepada semua bapa. Jadilah seorang bapa yang mampu membimbing keluarga untuk menuju jalan ke syurga. Jangan jadi bapa kaki nombor ekor.

8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. betul2..jgn beli nombor ekor..membazir..berdosa..perempuan pun jgn beli..jgn sangka nombor ekor ni menjadi kegilaan untuk lelaki je..perempuan pun ada yg beli..

    BalasPadam
  2. yunk..like ur pesanan..kahkahkah...

    BalasPadam
  3. wahhh bahaya lelaki kaki judi ni.. karang habis semua pusaka dijualnya kan kan.. huhu takutt hehe

    BalasPadam
  4. @ zalin onceitalk, perempuan pun ada gak yg jadi tukang beli nombor ekor. Dah suami suruh.huhu..

    BalasPadam
  5. @ honey amour, hati-hati wo pilih pasangan. Yg perempuan pun jgn demand tinggi sgt.

    BalasPadam
  6. @ ADZA IRDAWATI aka MAK DARA, harta pusaka takper, ada yg sampai bini pun nak di jadikan taruhan bila hutang judi dah terlampau banyak. Cam dlm drama dan filem yg kita tgk tu. Serammmmmm...

    BalasPadam
  7. as salam..
    berjudi,hm..makin ramai yang lupa.
    tak nak berusaha, tapi nak hasil yang lumayan. batas, tolak tepi

    =_=

    Law of today : Low of Pigs invasion Through Iman

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama