TAK NAK CARI PASAL!!

Telah lama segmen MARI BERTEKAK ini terhenti seketika dari blog greenappleku. Tugasan utama di pejabat perunding arkitek, banyak yang perlu diselesaikan dengan segera telah membataskan saya untuk membalas komen, blog walking apatah lagi terjah semula ke blog rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog picisan ini. 

Jika tidak siap kerja utama saya, maka akan ramailah en. kontraktor tersangkut pembayarannya kerana tuntutan interim mereka tidak dapat di majukan ke pihak Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hatta ke pihak Majlis. Tak baik tau melengah-lengahkan rezeki orang lain. 

Terpanjang lah pula intro, tapi sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada En. Mazidul Akmal Sidik kerana beliau sudi singgah dan komen di blog picisan ini. Sesangat terharu wei. Dan kepada korang yang sudi singgah setiap hari ke blog ini. Sesangat menghargai tau.


Okay.. back to the main entri, saya amat tidak suka dengan sikap sesetengah manusia yang suka mencari pasal. Suka cari gaduh. Suka memanjangkan masalah. Suka besar-besarkan perkara yang kecil. Entah saka apa yang telah singgah dalam diri mereka. 


Ini cerita mengenai seorang manusia yang berlagak bagus tahap cipan. Dia di beri saman oleh seorang anggota polis di atas kesalahan yang dilakukannya. Saya agak kesalahannya ialah menggunakan telefon ketika memandu. Kenapa saya kata begitu sebab dia sempat pula merakamkan dari a to z kisahnya kena saman dan muat turun dalam you tube. Korang fikirkanlah, apa niat dia sebenarnya.


Maaf, saya tidak akan letakkan link tersebut dalam blog saya untuk manusia seperti itu.


Bila saman di hulurkan untuk ditandatangani, dia siap boleh conteng-conteng pula pada saman tersebut. Gila apa manusia ni. Undang-undang tidak memilih pangkat. Kalau kau keturunan jutawan atau abang kau gengster sekali pun, salah tetap salah. Bila anggota polis bertanyakan kenapa dia berbuat sedemikian, dia boleh menjawap..


" You marahkan i ? Apa hak you untuk tinggikan suara pada i ? " 


Erk..what the @@##!!&** ! Kan saya dah kata dari awal lagi yang orang ni dah tersampuk saka dan kepala otak konfem dah tak betul. 


Respek kepada anggota polis malaysia yang saya lihat amat sabar melayan kerenah sesetengah manusia gila tah apa-apa seperti itu. Kalau dia buat perangai kat luar negara, saya rasa dah lama teruk kena pukul orang yang macam ni. Tak pun mungkin kena tembak dan mayatnya di campak ke gaung. Done.! Woha..



16 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. nasib baek polis 2 penyabar...lau saya jd polis dh tembak dah...hehe

    BalasPadam
  2. Rakyat negara kita ni bermegah sangat dengan pangkat yang mereka ada. tidak beretiket..

    Kadang-kadang tindakan mereka nampak lebih bodoh berbanding dengan mereka yang kurang berpelajaran.

    BalasPadam
  3. as salam..

    ▂ ▃ ▅ ▆ 100%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    isu ni, empunya diri yang dapat jawab. sebab sebahagian dari zat hati dia kan~ hehe..amarah nafsu tu. tu yang dia conteng2. mana mungkin dia gembira kena saman. tapi kalau dia berniat nak melukis, sempat lagi melukis bila kena saman.haha

    terima kasih berkongsi pendapat,cerita dan teguran~

    Entri Terbaru Pakcik :

    Tazkirah Reverse Thinking Game. Berani Berfikir??

    GA berani menyahut cabaran? ;)

    BalasPadam
  4. Ada manusia tu, yang tak berfikir ikut kewarasan fikiran..tak menilai apa kesan pada masa panjang..ikut sesuka rasa jek..yang penting, kita ignore jek orang2 yang tak mendatangkan faedah nih..hehhe

    BalasPadam
  5. Sabar sebahagian drp iman. Memang pelik melihat telatah sesetengah manusia ni ...

    BalasPadam
  6. saya suke carik gado kak..
    tapi saya suke carik gado dengan orang yang saya sayang jew.. ;)

    huhu..maju lah para polis untuk negara!

    BalasPadam
  7. saya penah tgk video ni, nampak sgt obvious dia nak record,pastu cara dia memang nak tunjuk polis salah, cara dia ckp, n berlakon, n ada isu kaum disini juga, sgt krg ajar pompuan itu, tp polis tu sabar, xsure itu polis or not, coz uniform dia lain, tp dat gurl still krg ajar

    BalasPadam
  8. I rasa I dah tengok video yang dimaksudkan. Memang melampau pompuan tuh.

    Entri terbaru:  Gambar Dulu-Dulu...

    BalasPadam
  9. @ selendang merah, ganasnyer awak..hehe..but TQ for your komen.

    BalasPadam
  10. @ zalin onceitalk,( Kadang-kadang tindakan mereka nampak lebih bodoh berbanding dengan mereka yang kurang berpelajaran.)suke ayat nih..

    BalasPadam
  11. @ Подтверждаю, marah pun kena control mengikut keadaan, kena saman pun sebab kecuaian diri sendiri. Sapa suruh buat salah. tapi manusia ni punya pelbagai sifat yg pelik2 dan tah apa-apa.

    BalasPadam
  12. @ Mylady, memang malas nak layan org yg camtu, tapi AWAS jika mereka ini mencari pasal ngan kita kan...hehe..

    BalasPadam
  13. @ Acik, kekadang orang ni, lagi tinggi tahap pembelajarannya, lagi pelik cara pemikirannya. Dah ada urat yg dah terputus agaknya..huhu..

    BalasPadam
  14. @ qucachahir, awak ni gaduh utk mendptkan perhatian yer...hehe..cute n comel jer..

    BalasPadam
  15. @ Zul, herm...saya pun ada terfikir cam tu gak, macam babak berlakon jer kan. Kalau bab agama sering di jadikan bahan cari pasal,apatah lagi isu-isu lain.

    BalasPadam
  16. @ logorithm, dah tersampuk saka..hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama