" Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri. Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setiap masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan."

Patutlah hati Lisa tiada ketenangan. Ketenangannya telah di ragut pergi. Penulisan Genta Rasa amat terkena pada batang hidungnya. Seolah faham apa yang sedang bergolak di dalam dirinya tika dan saat itu.

Kerana kesilapan diri, pergaulan bebas tanpa batasan dan hubungan luar nikah yang menjadi perkara biasa dalam hidupnya suatu ketika dahulu, akhirnya Lisa di tempatkan di rumah kenalan mamanya. Nun jauh di perusuk dunia. Jauh dari bunyi bising hiruk pikuk bandar. Jauh dari hiburan. Hanya bertemankan bunyi unggas dari alam semulajadi. Kehidupan di sini amat berbeza dengan dunia Lisa yang sebenarnya.

Lisa tiada pilihan lain. Saat perpisahan dengan mamanya adalah saat yang paling sedih dirasakannya.  Sebelum ini Lisa tidak pernah merasai apatah lagi untuk mengambil tahu, dimana mamanya berada. 

" Ma, takkan ma nak tinggalkan Lisa di sini ma. Ma tinggal dengan Lisa di sini ya ma. " rayuan Lisa pada mamanya ketika dia diberitahu yang mamanya akan pulang semula ke banglo mereka selepas menghantar Lisa ke daerah ini.

" Tidak boleh sayang. Mama masih isteri ayah kamu. Adalah menjadi satu kesalahan, seorang isteri meninggalkan rumah tanpa keizinan dari suaminya. "

" Habis, ma tak takut kalau-kalau ayah akan marah ma, pukul ma, bila dia mendapat tahu Lisa tiada ma. Ma, i'm worry about you ma." 

" Takut? Tidak sayang. Allah sentiasa bersama kita nak. Walau apa pun yang terjadi selepas ini, mama tetap tidak akan memberitahu ayah kamu di mana mama sorokkan kamu. Lisa jangan risau yer sayang. Tunggu panggilan telefon dari mama. Dan kamu jangan telefon mama. Susah jika penyiasat persendirian ayah kamu dapat jejak di mana kamu berada. Ingat pesanan mama ini ya, sayang."

Lisa bagaikan kanak-kanak kecil. Hanya menggangguk tanda bersetuju dengan apa yang di pesan oleh mamanya. Lisa tidak terkejut bila mamanya menyebut penyiasat persendirian. Sebelum ini, kecoh isu mengenai skandal ayahnya dengan seorang artis sehingga mamanya terpaksa mengupah P.I untuk merakam kecurangan suaminya. Dan sebagai tanda protes dengan tindakan mamanya, ayahnya juga mengupah P.I untuk mengawal segala gerak geri mama dan dirinya.

Herry, itulah nama P.I yang telah di upah oleh ayahnya yang mana akhirnya telah menjadi kekasih Lisa. Herry telah menyelamatkan Lisa ketika Lisa cuba di noda oleh seorang lelaki di tempat letak kereta di sebuah kelab malam.

Jam 3.00pagi ketika Lisa keluar sendirian dari kelab tersebut setelah puas dia meneguk arak, bergelumang dengan asap rokok dan berparti. Shasha masih tidak mahu pulang kerana masih mahu meraikan parti hari lahirnya. 

" Sha, i have to go. Esok aku ada exam Sha. " 

" Okay. Good luck for tomorrow and thank you sebab join my party. See you Lisa. Eh, you boleh drive ker ni? "

" Hahaha..hey, ini Lisa okay. Setakat tequila dua gelas, is nothing dear."

Ditempat letak kereta, Lisa mengeluarkan kunci dari handbag GUESS berwarna hitamnya. Terkial-kial Lisa cuba memasukkan kunci ke pintu keretanya. Kesan memeningkan hasil dari arak yang diteguknya tadi mula mendatangkan tindak balas terhadap Lisa.


"I'm okay. I'm okay.." Lisa bermonolog sendirian. 

Tiba-tiba tubuh Lisa di rangkul dari belakang. Dia cuba untuk menjerit namun mulutnya di tutup kuat. Berlaku pergelutan antara Lisa dan penyerangnya. Lisa sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri dari pelukan kuat penyerangnya. Akhirnya Lisa berjaya menggigit lengan penyerangnya dan berlari menghala ke kelab malam semula.

Namun belum sempat Lisa memanjangkan langkahnya, rambut Lisa yang panjang mengurai itu berjaya di rentap dari belakang. 

" Mana you nak lari si cantik manis. You are mine. Hahahahaha.."

" Adoi sakitlah! Tolonggggg..!! Lepaskan i, lepaskan i, setan!!."

" Kita sama-sama setan sayang."


Cilake punya jantan. Sempat lagi mengata aku sama setan dengan dia. Lisa masih meronta-ronta untuk melepaskan diri.

" Hello bro? Tak der kerja lain ker? Lepaskan perempuan tu.." 


Belum sempat Lisa menoleh kepada empunya suara..


Dusshhh... 


Tercampak si setan hasil tumbukan dari penyelamat Lisa.


# bersambung ke part 5....


Nota : Jangan marah saya yer, nak take dinner, laparlah. hehe.. dan thank you sebab sudi baca dan singgah blog saya yer.


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama