Pernah dengar program Pesona Bersama DJ Lin? Kepada yang belum, boleh dengar salah satu You Tube yang telah saya arkibkan dalam blog ini. Dan ada drama mengenai liku-liku kehidupan DJ Lin selaku ibu tunggal yang dapat kita ikuti pada setiap hari Isnin-Jumaat, jam 8.15 pagi di Suria f.m.
Pelbagai skesta yang di udarakan. Ada yang mengembirakan dan ada yang menyentak hati dan fikiran. Klik sini sekiranya ada yang berminat untuk menyertai program bersama DJ Lin.
Sedikit info mengenai program tersebut.
Terma & Syarat
Kelayakan
- Bengkel 1 Hari "Sememangnya Sempurna!" Persona oleh DJ Lin (di sini dirujuk sebagai "Program") terbuka kepada penduduk Malaysia. Untuk menyertai Program ini, peserta:
- Hendaklah seorang wanita sama ada tidak berkahwin, berpisah, bercerai atau balu dengan seorang atau lebih daripada seorang anak; (di sini dirujuk sebagai "ibu tunggal");
- Mestilah penyedia kewangan tunggal di dalam keluarganya;
- Hendaklah berkongsi kisah pendek (tidak lebih dari 1000 aksara) bagaimana bengkel serlahan keyakinan 1 hari ini boleh membantu mereka menangani cabaran peribadi dan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan;
- Hendaklah melengkapkan borang pendaftaran dari laman web diwww.protonpersona.com.my pada atau sebelum June 1, 2011 ("tarikh tutup");
Hendaklah melengkapkan semua soalan di dalam borang pendaftaran.
Coretan saya buat semua ibu tunggal di luar sana.
Hari memperkasakan diri..
Ibu tunggal adalah ibu yang menjalankan tanggungjawap sebagai seorang ibu dan juga seorang ayah terhadap keluarganya. Dialah ibu dan dialah juga ayah buat anak-anaknya. Dibahu seorang ibu tunggal telah sedia menanggung terlalu banyak bebanan. Dari hendak mencari nafkah, menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dll. Entah-entah hal diri sendiri, makan pakai sendiri pun tak sempat difikirkan.
Setiap saat ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan mereka kepada Allah, memang amat mudah pula pertimbangan akal fikiran mereka terbabas keluar dari landasan normal kehidupan.
Terpaksa bekerja siang dan malam mencari nafkah untuk anak yatim membuatkan saya cuba menghalusi perkara ini. Kesukaran sehari-hari hanya Allah yang tahu apabila kekalutan menguruskan sekolah anak-anak, mengajar mengaji dan menemani mereka membuat ‘homework’, melayan kerenah si kecil, menguruskan rumah, membeli barang keperluan rumah, mengangkut beras dan tong gas… dan bekerja siang malam, Sabtu dan Ahad… wajarkah semua ini dibebankan di atas bahu seorang wanita yang kudratnya tidak lebih sedikitpun daripada orang lain. Saya juga cukup simpati melihat ibu tunggal di luar sana yang terpaksa bekerja lebih teruk demi hendak menyekolahkan dan membesarkan anak-anak.
Kepada yang sering memandang dengan pelbagai pandangan negatif kepada ibu tunggal dan tidak kurang hebatnya, ada yang sanggup menabur fitnah terhadap golongan ibu tunggal, hentikanlah sikap negatif anda tersebut kerana satu hari nanti, anda juga akan bergelar ibu tunggal apabila suami yang anda banggakan, kembali ke rahmatullah! Fitrah kehidupan, setiap manusia akan kembali menemui penciptaNya. Tidak seorang pun terkecuali.
Mylady yang dah berkahwin 6 tahun tapi belum dikurniakan cahayamata ni, memang respek dengan2 ibu yang bekerja dan juga menguruskan rumahtangga dan anak2..tak tau camna diaorang leh menguruskan semuanya sekali...tapi, bila terkenangkan peranan ibu tunggal yang terpaksa menanggung dan melakukan semua perkara seorang diri, memang mylady salute habis..betapa tabah dan kuatnya korang mengharungi hidup ni..
BalasPadam@ Mylady, moga awak tabah menghadapi ujian dari Allah ini.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!