Siapa yang lalu di belakang aku tadi?
Jam telah menunjukkan ke angka 11.00 malam. Tiba-tiba perut Lisa terasa lapar. Baru Lisa teringat yang sejak pulang dari kerja tadi, dia belum sempat menjamah nasi. Selesai solat maghrib, Lisa terlelap kerana kurang sihat.
Sedang Lisa menjamah nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit, secara tiba-tiba, Lisa rasa seram sejuk. Berdiri bulu roma Lisa. Mungkin kerana kesan tindak balas badannya yang kurang sihat, agaknya.
Zaaazzzssss..
Terasa seperti seseorang melintas di belakang Lisa. Bergoyang rambut Lisa yang telah ditocangkan. Lisa segera menoleh kebelakang. Tiada sesiapa.
Siapa pula yang buat yoga di tengah malam dalam gelap gelita tu ?
Sedang asyik Zack melayan lenanya, tiba-tiba Zack terbangun di tengah malam kerana terasa hendak buang air kecil. Zack tidak menghiraukan jam berapa pada waktu itu. Sambil gosok-gosok mata, dalam keadaan separuh sedar, Zack berjalan menuju ke tandas.
Setelah selesai hajat di hati, Zack kembali ke bilik tidurnya. Namun nun jauh di satu sudut di ruang tamu, Zack dapat melihat, susuk tubuh seorang manusia sedang duduk dalam keadaan bersila di atas lantai.
Jantung Zack berdegup kencang kerana Zack tahu seluruh ahli keluarganya sedang bercuti di luar negara. Zack tinggal seorang diri dirumah kerana permohonan cutinya tidak diluluskan. Erk!!
Apa ada di atas bumbung? Ayam agaknya..
Drama CSI sedang rancak ditayangkan. Horatio sedang menyoal siasat salah seorang suspek kerana cap jarinya di temui di tempat kejadian. Muka suspek tersebut di lihat selamba menafikan yang dia berada di tempat kejadian pada masa itu.
Tiba-tiba di atas bumbung rumah Lisa dan Zack, jelas kedengaran seperti bunyi tapak kaki ayam mencakar dan berlari. Kekadang ada juga kedengaran seperti bunyi sedang menyapu di atas bumbung rumah mereka. Zack pandang Lisa dan Lisa pandang Zack.
Takkan ayam. Kalau bukan ayam apa pula yang ada di atas bumbung rumah mereka tu ya?
Akan bersambung.
p/s : Selamat berfikir dan bersama kita memberi pendapat di ruang komen di bawah. Terima kasih kerana sudi baca sehingga habis. Tiba-tiba pula terasa badan seperti hendak demam. Mana ubat demam ya..
Nyesal plak baca hang punya new post malam2 buta nih..kalau aku nak terbangun ke toilet malam ni, mintak2 la laki aku nak teman..heheh
BalasPadam@ Mylady, eh..malam ni malam jumaat kan. Memang patut ajak hubby teman g toilet. hehe..
BalasPadamhahahah, menyeramkan kan je, lagi2 kalo dok sorunk, wlpn citer ni tergantong!huhu
BalasPadam@ Zul, cerita ini akan bersambung sebab tuan blog tak berapa sihat ler. Harap awak bersabar dan tq very2 much sebab berani baca hingga habis. Ada sesiapa yg nak toilet tak mlm ni?..
BalasPadamsekali buka citer malam keliwon aaa...tambah sikit...
BalasPadamnora terdengar bunyi kunci ditombol pintunya. Suaminya pulang setelah habis kerja lewat malamnya, fuh..dah pukul 12 tgh malam...nora ternanti2 suaminya masuk, tetapi tiada siapa. menjenguk di luar..keeeta suami masih belum ada di garaj..takkan kucing main tombol kot..
hahaha..betul la GA...semalam terbangun...terlupa jap tang citer nih...pastu, bila lalu depan tempat tv tu, alamak..teringat plak citer orang wat yoga tengah2 malam..tak berani jeling2 dah...straight terus masuk bilik...hahaha...
BalasPadamhehe.. tak paham sis.. ;)
BalasPadamtapi paham sikit lew..
banyakkan baca ayat kursi dan b4 tido bace surah al-mulk =)
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!