Sambungan dari entri ini,
Pendirian Lisa tidak mampu di gugat oleh Zack. Dan sebagai manusia biasa yang berfikiran normal, Zack dengan berat hati mula menerima hakikat bahawa Lisa bukan di takdirkan untuknya. Tetiba perkataan JODOH ADALAH KETENTUAN DARI ALLAH, bermain-main di fikiran Zack, seolah-olah sedang memerli Zack yang sedang di landa resah gelisah yang tidak sudah.
Sudah berpuluh call dan sms dari Zack, tiada tindak balas dari Lisa. Sepi tanpa jawapan. Terfikir juga di fikiran Zack, untuk pergi ke rumah Lisa, bawa gitar sambil nyanyi lagu ADAM, Ku benar-benar cinta..ku benar-benar sayang..
Tetapi apabila terbayangkan wajah kedua-dua orang abang Lisa, hemm..cancel!
" Teruk juga aku kena belasah jika mereka berdua dapat tahu, aku cuba buat onar pada satu-satunya adik kesayangan mereka." bermonologlah Zack sorang diri sambil pandang siling.
Sayu gila rasa di hati Zack tika dan saat ini. Bila dah penat Zack pandang siling, Zack ambil keputusan untuk hantar email pada Lisa.
" Kalau Lisa no respon juga, bagaimana yer. Adakah ini tanda berakhirnya hubungan antara aku dan dia? Oh..tidak !"
(greenappleku : wei, lelaki pun ada hati dan perasaan tau, mereka ni kekadang tu, muka jer macho tapi dalam hati ada tamannnnn..huhu..)
Untuk merawat hati, jiwa dan perasaan yang amat tidak best ketika itu, Zack klik pada blog kegemarannya, greenappleku.com takkala dia ingin bermuhasabah diri. Artikel ini dirasakan amat kena pada dirinya.
Cinta kepada Allah sangat berbeza segala-galanya. Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada Allah membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada Allah membawa kebahagiaan.
Sebaliknya, cinta kepada Allah adalah sebenar-benar cinta hakiki yan pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak. Kerana itulah, apabila kekuatan cinta kepada Allah melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mendalam kepada Allah tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan kata cintanya kepada orang yang tersayang.
Namun kadangkala kesedaran ini sukar diterjemah dalam ayat biasa, lantas golongan remaja terutamanya, gagal untuk memahami pengertian cinta kepada Allah itu sebenarnya. Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan, sedangkan cinta kepada Allah bakal memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka di akhiri dengan perkahwinan. Tetapi cinta yang indah itu kadangkala sangat menakutkan. Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup sudah tidak bermakna. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.
Apabila anda bercinta, janganlah cinta itu melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
" Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Berikanlah peluang kedua buat hambamu ini andai telah engkau takdirkan, dia adalah jodoh buat ku. Amin."
Di atas sejadah baldu hadiah dari Lisa pada hari lahirnya baru-baru ini, mengalir air mata Zack di akhir doanya ketika dia mengadu pada yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
irene : Zack patut sujud taubat. Lepas tu minta la mak ayah terus masuk meminang Lisa. Tak yah je couple2 ni buang masa dan berdosa aja yang dapat.
BalasPadamMasa tu baru tau lisa benar2 membenci Zack atau membenci perangai Zack aja.
Buat lisa, kalau dia berani minta kat kamu, pasti dia berani juga minta kat awek2 cun lain yang buat jualan murah.
@ irene, moga lebih ramai Lisa berada di luar sana. Jangan kerana cinta, tergadai maruah diri.
BalasPadamterkesima cik aiskrim...trnyata...Allah sntiasa bersama kita...cintai Allah..adlh sgala2nya...
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!