My Instagram

" JIKA LISA CINTAKAN ZACK, APA BUKTINYA? "

Itulah pertanyaan dari Zack yang telah buat Lisa sentak. Kalau dah cinta kena ada bukti ker? Yelah, Lisa baru pertama kali jatuh cinta dengan lelaki tampan, kacak dan macho seperti Zack. Memang Lisa 'junior' dalam hal percintaan ini.

" Bukti? Cinta perlukan bukti ker Zack? " berkerut sedikit dahi licin Lisa memikirkan mazhab mana yang cuba Zack gunapakai dalam percintaan mereka.

" Yelah, cinta perlukan bukti dan pengorbanan. Okay macam ni, kalau you nak berjaya dalam ujian, biasanya you akan study sampai tengah malam, sanggup buangkan masa untuk you lepak-lepak dengan member. You sanggup dapatkan tips terkini sebagai penambah ilmu yang sedia ada. Itu semuakan tanda you berkorban untuk berjaya dalam ujian. "

" Oooo. So kalau dalam percintaan ni, bagaimana pula pengorbanannya? Nak kena hadiahkan you novel cinta setiap bulan ker? Kalau macam tu, besar juga buget setiap bulan untuk bercinta nih." Lisa mula membayangkan banyaknya wang yang akan melayang untuk harga sebuah cinta. 

" Ehm..sebenarnya tak perlu keluar modal pun. Satu sen pun you tak perlu keluarkan. You cumaaaa....." tidak sanggup pula Zack untuk menghabiskan ayat yang berikutnya. 

" Cuma apa pula ni Zack, cakaplah. "

" You cuma perlu hadiahkan i satu ciuman yang ikhlas. Boleh kan." Berbunganya di hati Zack kerana akhirnya apa yang telah lama terbuku di fikiran telah berjaya di luahkan. Terasa ringan beban di kepala otak Zack.





Pannngggg.. terasa panas di pipi Zack dek kerana mendapat hadiah penyepak dari Lisa. 





" Zack!! Ciuman yang you katakan tidak perlu keluar satu sen tu sebenarnya adalah perkara yang paling berharga dalam diri i. Kalau macam ni lah you punya setan, kita putus! " Lisa terus berlalu meninggalkan Zack yang masih mengusap pipi yang telah berwarna merah jambu. 

" Lisa, tunggu. Tunggu Lisa. Tadi tu, i sengaja test tahap keimanan you sajer. Ler Lisa, tunggu lah. Kalau macam nilah you punya perangai, rugi kalau i tak buat isteri ni. Lisaaaa, tunggulah. " 

Zack terpaksa mengejar Lisa yang semakin jauh meninggalkannya.





Moral of the story, sebagai ingatan pada diri sendiri dan juga anda yang bergelar wanita, hargailah dan peliharalah maruah diri kerana ianya tidak dapat di beli dengan wang ringgit. Sesetengah lelaki ni, kalau nakal macam mana pun, bila tiba masa dia nak cari calon untuk buat isteri, konfem dia nak cari yang berperibadi mulia dengan alasan dapat membimbing anak dan menjadi penyeri dalam rumahtangga!

" Kalau berpacaran memang banyak pantang larang.."

Ada sesiapa yang nak sambung lirik lagu yang penuh makna tu tak ?




12 ulasan

Tanpa Nama berkata...

betul! tapi apesal eh? :p

not irene berkata...

tapi yang peliknya, ramai yang ugut nak bunuh diri

"kalau u tinggalkan lisa, zack, lisa nak bunuh diri terjun bangunan KB Mall"

boleh ek gitu... biasanya yang cetek akal akan berbuat begitu sanggup serah segala (terutama yang baru 1st time fall in love)

tapi yg peliknya ada juga dah ada anak pon masih boleh buat perkara sama. Ini cetek ilmu ke cetek iman?

GreenAppleKu.com berkata...

@ not irene, itu namanya cetek iman a k a perasan diri masih single + tak reti nak bersyukur dengan apa yg ada. Masa mula2 bercinta, you are the one and only, bila dah kahwin..erk mana perginya kata-kata yg sedapdi dengar tu ya? huhu..

~nsar~ berkata...

hahaha suka pendapat not irene.. tapi betul.. susah nak jumpa perempuan yang sekarang ni pandai jaga diri..

GreenAppleKu.com berkata...

@ nsar, masih ada yg pandai jaga maruah diri tapi mereka ini jarang kita temui. Tq for your komen dear..

Mr.Kerro berkata...

hahah ayat ni mmg xtahan >> Lisa, tunggu lah. Kalau macam nilah you punya perangai, rugi kalau i tak buat isteri ni. Lisaaaa, tunggulah. " dah tau lisa tu baik apa lg rmbat sblm trlmbt :)

Akid azami berkata...

bagus entri ni :) Hm cinta sebelum kahwin ni tak perlukan sebarang sentuhan fizikal pun untuk buktikan keihkhlasan.. Kita sendiri boleh rasa dia ikhlas tau tak

GreenAppleKu.com berkata...

@ Mr. Kerro, kalau awaklah jumpa wanita seperti Lisa, awak konfem nak kahwin ker tak yer? huhu..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Akid, yes you get the point. Kita boleh rasa getaran cinta itu. Tak yah nak minta tunjuk bukti atau di buktikan.

Girls, kalaulah terjumpa orang yg seperti ini, baik minta putus jer. Byk lagi lelaki yg budiman di luar sana. Betul tak akid?

zacky ~786~ berkata...

tba2 den plak perasan .. hhahaha

GreenAppleKu.com berkata...

@ Zack, okay saya faham kebetulan nama awak sama dengan watak zack tu..huhu.. dah baca sambungan crita ni ker?

cik aiskrimmj berkata...

lelaki..knp msti nk mntak kiss2..bile hati disaat brbunga2 cinta??? eyark...!bkn sbb ego...wanita tdk mahu mghadiahkan ciuman itu..ini mlibatkn maruah diri dan pgangan kita..whai wanita..btw..good info..=)