Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.
"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.
"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.
"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya. Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.
"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya. Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang. Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.
Credit to BERNAMA
GreenAppleKu : Lagi kes pukul budak. Ini yang buat ibubapa kena berfikir berkali-kali sebelum memasukkan anak-anak ke sekolah berasrama. Seperti kes budak di atas, baru sahaja berumur tujuh tahun. Kecil sangat. Apa punya cikgu yang pukul budak sampai dua jam. Mental agaknya cikgu nih. Geram..geram saya yang membaca. Agaknya sesetengah cikgu-cikgu nih pun kena semak tahap kewarasan mental nih.
kesian budak tu, naper hukum dier camtu?
BalasPadam@ Ayuni, entah ler, agaknya orang yang pukul budak tu memang tak der hati perut. Apalah sangat kesalahan yang hendak dilakukan oleh budak berumur tujuh tahun tu. Memang tak der otak orang nih. Sorry mood tgh marah nih. Dasar pembuli budak2 kecik.
BalasPadammemang sakit gila cikgu ni .
BalasPadamtak berotak atau otak dah berkarat pukul anak orang sampai gitu .
@ wintergurl, sesukahati mereka pukul anak orang. 2 jam tu..
BalasPadamknp lah sampai nk pukul budak camtu. Apalah yg budak2 tu tau...besar manapun kesalahan budak tu takkan sampai nk membunuh..masyaallah
BalasPadamas salam..
BalasPadambetul tu..
makin membimbangkan..
elok dibuat satu pelan kajia selidik tahap mental cikgu2.. risau. budak kecik kena pukul
=_="
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!