Kawan saya kata, 

"Apa punya tajuk yang kamu letak nih..buat aku tertarik nak semak pula..hehe.." 

(Puncanya, dia terbaca entri ini ketika entri ini masih dalam proses penulisan)



CURANG. Definasi curang ialah apabila anda melakukan sesuatu yang tidak akan anda lakukan di hadapan pasangan anda.

Definisi ini cukup ringkas dan tepat. Maknanya apa saja yang akan anda lakukan, anda tidak akan berani melakukannya dihadapan pasangan anda. Contohnya mungkin komen difacebook, emel, sms atau topik perbualan mahupun cara anda memandang seseorang yang anda tidak mahu pasangan anda tahu. 

Jika diri anda sedang memiliki contoh yang ada diatas, tahniah sebab curang!

Kenapa anda tidak mahu pasangan anda tahu? Anda mungkin tahu bahawa sekiranya pasangan anda tahu mengenai perkara tersebut mereka akan kecil hati, merajuk, marah, kecewa, sakit hati, patah hati dan besar kemungkinan perbuatan anda itu akan merosakkan hubungan anda dengan pasangan anda.

Sebelum kita melakukan sesuatu perkara, ambil masa untuk berfikir seminit, adakah saya akan melakukan perkara ini dihadapan pasangan saya?

Jika jawapanya “TIDAK”, jangan CURANG. Hargailah pasangan anda.


" Akak, dia yang curang dulu, jadi salahkah jika saya pun curang juga? "


Em..jika itulah jalan yang Cik adik pilih, terima sahajalah hakikat bahawa tiada jodoh antara kalian. Sebab jika adik ada niat untuk memperbaiki hubungan, adik tidak akan bertindak sedemikian. Adik akan face to face dengan pasangan adik dan bersama berbincang mencari jalan penyelesaian. 

Sebagai manusia, kita kena ingat bahawa ujian dariNya tetap akan hadir.  Dan sebagai manusia yang waras akal fikiran haruslah memilih untuk dekat dan kembali kepadaNya ketika ujian tersebut melanda. Tiada jalan lain! 

Barulah masalah dapat di selesaikan. Insyaallah..ada jalannya.



17 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Zaman sekarang ni, banyak faktor2 yang blh menyebabkan kecurangan. Tepuk dada tanya iman jer:-)

    BalasPadam
  2. err kak...

    byknye kite curang...

    kekekeke...

    semua kite buat blkg die kcuali makan, minum dan berjalan..

    xpenah tinggal serumah lagi.. x__x

    BalasPadam
  3. Salam Green Apple, thanks singgah lagi blog saya hari tu dan tinggalkan komen. Sebenarnya saya antara salah seorang yg suka baca blog awakjuga. jangan kecil hati ya.. Pasal tajuk curang ni baru saya tahu bahawa maksud curang rupanya lebih luas. thanks for the info.

    BalasPadam
  4. jika kita menghayati cinta dengan cara yang betul, takkan wujud curang dalam perhubungan :)

    BalasPadam
  5. @ Rohaadam, tepuk dada tanya iman, selagi iman kuat insyaallah kita tak curang.

    @ Miss Senget, blh kasi hp no. pasangan awak tak..nak beri tahu dia, awak curang..hehe

    @ Dr. Mohd Hafiz b. Dato' Osman, terharu rasanya, nak nangis pun ada..kecil hati..tak derlah Dr. Just gurau senda sesama rakan blogger. Hehe..tq sebab sudi terjah sini.

    @ storyfromme, andai tahu menghargai pasangan, memang kes curang ini tak kan berlaku..betul tu..

    BalasPadam
  6. Dengan zaman yg semakin canggih ni maka makin senanglaa sikap curang tu akan berlaku......

    BalasPadam
  7. curang amat sinonim dengan dunia sekarang...suka baca post ni ...sebagai ingatan pada diri

    BalasPadam
  8. Ayen Giggs dan PidaSanglang, kecanggihan teknologi juga salah satu kemudahan utk kita berlaku curang tapi JGN CURANG lah..kesian kat pasangan kita weii..

    Lagi satu, Allah kan sedang memerhati..

    BalasPadam
  9. nauzubillah moga Allah SWT jauhi kita dr sifat tu....takottt

    BalasPadam
  10. Salam GA..
    Luasnya makna curang.. perlu setiap hari kita bertny diri, sbb peluang dan ruang nak curang tu lebih byk dari tak..

    BalasPadam
  11. seronoknya baca...sebab saya tak curang..

    sebab saya single...hehe..setakat baru abis spm..baik single jer..malas nak pikir curang-curang nih..

    BalasPadam
  12. suke pandang laki henesem..
    huhuu...curang ke??

    BalasPadam
  13. kadang2 tak semua benda perlu diberitahu..takut2 kalo bagitau lain pulak yg dipikirkan..contohnya, terserempak dgn kawan permpuan yg lama kat tgh jalan ke. tak pasal2 jeles plak dia tu..

    tp kalo tak bgtau plak, kalo kantui. mula la si dia terasa hati..pandai2 la manage risiko sendiri. ahaks..

    BalasPadam
  14. waahhh...bru kte tau....hehehe...anyway...mmg da xde jodh kot...cz ble tau die curg...kte pn pnh curg...tp sokey la...da xde jodh...now ble ngn org bru...kte xpnh curg even bnde2 kcik...;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama