WARNING ! Artikel ini hanya untuk bacaan mereka yang telah bergelar suami isteri sahaja. Yang baru berpacaran, anda dilarang untuk meneruskan pembacaan artikel ini. Kepada yang tidak mahu mematuhi WARNING, sebarang risiko kesan dari pembacaan, adalah di luar tanggungjawap penulis artikel. 


MALAM PERTAMA ITU..

Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan Lisa (bukan Lisa Surihani yer) bersama Zack (bukan Zack blogger tau). Tahun ini juga merupakan tahun ke 2 mereka bakal menyambut ulangtahun perkahwinan mereka dan Zack telah merancang penuh teliti agenda yang akan diadakan pada hari penuh bermakna ini. 

Apa yang Zack lakukan ini adalah kerana ingin menebus rasa bersalah yang amat sangat pada Lisa yang telah dilakukannya pada tahun lepas. Entahlah di mana silapnya, Zack boleh terlupa tarikh keramat tersebut. Sebagai denda, 7 hari 7 malam Zack tidur di ruang tamu keseorangan! 

Hadiah telah siap dibungkus. Kek yang ditempah khas kini terletak comel di atas kerusi kereta. Dan diatas kotak kek tersebut, ada sekuntum bunga ros segar berwarna merah. 

Sambil memandu dengan penuh berhati-hati, Zack membayangkan sudah tentu Lisa telah berhias cantik. Mengayakan dress merah jambu yang Zack curi-curi lihat dalam ‘paper bag’ yang Lisa sorokkan seminggu yang lalu tanpa pengetahuan Lisa. 


(Wow..cantik dan seksinya dress ni. Ni konfem Lisa nak pakai pada malam ulangtahun perkahwinan nanti.) 


Bukan selalu Zack dapat melihat Lisa berpakaian sebegitu. Lisa seorang isteri bertudung dan berpakaian menutup aurat. Itulah untungnya mempunyai isteri sebegini. Kecantikkannya hanya untuk tatapan suaminya sahaja. Bukan untuk dipamerkan pada orang ramai. 

Zack tiba di rumah tepat pada jam 11.55 malam. Lilin pada kek telah dinyalakan. Zack memberi salam sebaik sahaja dia berada di hadapan pintu masuk. Sambil menunggu Lisa membuka pintu rumah, Zack pegang betul-betul kek tersebut. Zack akan mengucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN SAYANG..sebaik sahaja pintu rumah dibuka dan Zack akan minta Lisa tiupkan lilin tersebut. 

(Romantisnya aku..) Puji Zack didalam hati. 

Pintu rumah dibuka. Dan tika dan saat itu, berubah air muka Zack sebaik sahaja dia terlihat lembaga berwajah hijau yang hanya menampakkan dua biji matanya sahaja. 

“Aaaaaaa.... Hantuuuuuu!!!” Jerit Zack sekuat hati. Terlepas kek yang berada di tangannya. Zack berlari dan lembaga tersebut mengejarnya dari belakang. 

“ Abangggg...Lisa nih. Apa lah abang nih. Buat kecoh betul malam-malam buta nih. “ Geramnya Lisa pada Zack, Allah sahaja yang tahu. Di tariknya telinga Zack yang sedang menutupkan mukanya dengan kedua tapak tangan. 

“Ya Allah Lisa, apasal ler macam nih rupa kamu..” 

“ Aih..macam tak pernah tengok Lisa pakai masker, ada-ada saja abang ni tau..” 



GreenAppleKu : Lain yang dirancang, lain yang jadi. Itulah lain kali jangan lupa tarikh ulangtahun perkahwinan. Setahun sekali sahaja. Labelkan sebagai tarikh yang perlu diingat. Hargailah pasangan anda. 

8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. kihkihkih...lelaki ni memang payah bangat nak ingat tarikh kot.

    BalasPadam
  2. dh kahwin ni kdg2 masing2 lupa trkh anniversary...kdg2 tk sempat sambut pn cuma sesekali bercutti tu smbutlah ape semuua trkh dlm hidup..hehe...tkpelah ingat jugak w/pun tk menjadi ape yg dirancang...

    BalasPadam
  3. hahaha...kali ni si isteri pulak lupa tarikh anniversary :)

    BalasPadam
  4. Walaupun kwn ni lelaki tp mmg x dinafikan org lelaki agak kurang ckit nak mengambik berat perkare2 ni.tp x sume lelaki gitu kan sbb tarikh lahir isteri kwn mmg dlm kepale setakat ni,hehe...

    BalasPadam
  5. Sedang menanti komen yang lain..huhu..

    BalasPadam
  6. saye komen plak... endingnye tu je ek.. tu sebenarnye date annversary dorang ke bukan.. xkan lisa xigt hehehe....

    BalasPadam
  7. Lisa malas nak menunggu sebab tahun lepas dia bersiap bagai nak g anugerah, Zack terlupalah pula. (kes balas dendam ler nih..hehe..)

    BalasPadam
  8. hahahaha...senget btol...mcm2 hal..heheh...;P sila ingt tarikh pnting ya...heheh..;p

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama