Sebenarnya tajuk ini saya copy dari blog seorang blogger ni (klik). Selepas baca entri beliau dan komen dari blogger lain di blog beliau, apa yang terlintas di dalam fikiran saya ialah kenapa bila sebut jer janda ataupun ibu tunggal ramai yang minta simpang di jauhkan daripada semua itu. 

Ehm, samada anda sedar atau tidak, minta simpang atau pun tidak, anda perlu terima hakikat bahawa suatu hari nanti semua wanita akan bergelar janda. Tidak boleh lari kecualilah anda memilih untuk tidak mahu berkahwin!


Kenapa saya berkata sedemikian, sebabnya suatu hari nanti apabila tiba waktunya kita semua akan kembali ke rahmatullah. Mati itu pasti. Jika di takdirkan suami yang pergi dahulu, bukankah kita telah mendapat title 'janda @ ibu tunggal'. Walaupun perkara ini, suatu ketika dahulu anda pernah berkata

" Janda..ishhh minta simpanglah benda-benda tu semua.."

Moral of this isu,  takyah lah nak kata itu dan ini pada orang lain. Sebab kita sendiri pun tak tahu, bagaimana sikap kita apabila tiba waktunya kita pula di uji sebagai janda.


Ini pula pendapat blogger yang telah saya copy tajuk entrinya..


Bila sebut Janda atau ibu tunggal .. Ramai akan memandang sinis .. Pelbagai gelaran akan diberikan .. Kalau lelaki , senyum 'gatal' .. Kalau perempuan , senyum ' gulp' .. risau... takut takut pasangan mereka dikebas ..

Kenapa ini terjadi ? Pelbagai cerita yang kita dengar pasal janda atau ibu tunggal ni .. Dan kebanyakkan cerita negatif.. Ada yang berfikiran janda ni gatal.. Atau suka kebas laki orang .. Grr...

Apasal la suka pk gini ek ? Tak kesian ke kat diorng ? Bukan diorg nak sangat jadi gitu ? Bayangkan jika ada adik beradik kita yang menjanda .. Camana ? Nak salahkan diorg ke ? Diorng pon nak kehidupan sempurna !

Hurm... Kita ni hidup bermasyarakat.. Beradat dan paling penting beragama .. Dalam agama ada mengajar erti hormat menghormati.. Amalkan la... Jangan la bersikap ego ... Yang lelaki tu , jangan la amik kesempatan .. Pantang dengar skit janda , terus senyum .. Kalau nak amik sebagai isteri tu , tak pe la.. tapi kalau nak amik kesempatan ? Apa ingat janda ni kebulur sangat ke ?? Diorg ni pon menderita gak .. ingat la tu... Allah tu wujud ..Dalam kepala takde benda lain nak ingat !

Dan yang perempuan lak .. Hurm.. awak tu sama jenis .. kalau satu hari nanti awak menjanda camana ? Kalau tak kena kat awak , kena kat anak.. atau adik beradik.. Bawak bawak la berfikir...

Aku tau.. ada yang janda gatal... tapi bilangannya kecil.. cuba fikir.. kenapa diorng jadi camtu ? Dah masyarakat doa mereka jadi gitu.. Bila kita fikir diorng gitu bermakna kita mendoakan mereka jadi gitu !

Sapa yang bersalah sekarang ? Tak perlu salahkan sapa sapa.. Kita perlu ubah cara pemikiran kita.. hidup lebih harmoni.. Saling tolong menolong ..

Ingat , ada dosa .. ada pahala.. ada syurga. .ada neraka.. Mana satu kita nak ?


8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Siti Khatijah sebelum menjadi isteri nabi pun seorang janda ynag hebat kedudukannya & saya pasti ramai yg bergelar ibu tunggal diluar sana pun sepertinya...saya ada kakak yg pernah memegang status itu dan juga beberapa teman ..saya hormati mereka dan saya amat kagum dgn kekentalan jiwa mereka berjuang untuk membesarkan anak2 sendirian

    BalasPadam
  2. siti khatijah pun janda sebelum menjadi isteri Rasulullah..seorang wanita yang hebat...
    saya juga ada kakak yg pernah memegang status itu dan mempunyai beberapa teman ...saya amat kagum dengan kekentalan jiwa & semangat mereka

    BalasPadam
  3. setuju. setuju. dan setuju.

    nampak tak betapa negatifnye orang kita?

    BalasPadam
  4. ingat satu je..
    yg blm kawen tu pun blm tentu dara..
    hehe..

    TK x anggap ia isu besar, tp orang yg mmperbesarknnya..
    klau dh jodoh kita cuma sehari, esoknya dh jd janda/balu, nk buat mcm mana kn..

    BalasPadam
  5. mesti ada sebab kenapa gelaran itu di terima..selalunya bukan kehendak hati..tolonglah masyarakat..ada juga yg memegang gelaran itu demi mempertahankan maruah diri..hati yg menderita janganlah terus dititiskan cuka..

    BalasPadam
  6. org kita sibuk nk mengata jer! tp mrk lupa...setiap kata2 mrk pasti ada balasannya nati. Wht u give u get back....

    BalasPadam
  7. masyarakat kte mmg dr dlu sampai skrg suka mengutuk & mencaci "nasib" org lain. Bila dah kena btg hidung sendiri baru la terkedu.

    ~ pernah tengok seorang ppuan slim & cantik tp selalu kutuk org berbadan "comel". Akhirnye dia pn jd "comel" gak lps kawin..

    Moral of the story: jgn kutuk org kalo xnak jd camtu. Lagipun Tuhan marah kutuk sesama makhluk

    BalasPadam
  8. Suka baca semua komen korang. Bernas! Ada masa singgah sini lagi yer. Nanti saya singgah balas ke blog korang semua yer..take care.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama