Ganas gila tajuk entri tengah-tengah malam nih. Ini semua gara-gara kejadian yang dialami oleh seorang sahabat saya. Sebelum itu, flash back sikit ke jam 9.00 mlm tadi...
Sambil belek-belek jam tangan bonia berwarna pink kesayangan saya yang telah menunjukkan jam 9.15 mlm, saya mula rimas.
(Dah lewat setengah jam nih. Janji 8.30, sekarang dah 9.15. Call pun tidak.)
" Woiiit, sorry ler lewat setengah jam. Ini semua aku settle." bermakna, apa yang saya minum dan makan, sahabat saya ini akan bayarkan. Hati yang sedikit panas, mula menjadi sejuk. Syukur, rezeki.
Namun, terkejut saya melihat tapak tangannya yang ada kesan darah. Dia tersenyum melihat gelagat saya.
" Kau ini apasal."
" Jantan dayus, memang patut kena pukul ngan aku. Tak sedar diri. Makan minum anak bini dia aku yang support, ada hati nak pukul bini dia."
" Kau ni biar betul, habis camna sekarang. Kau tak takutkah kalau-kalau dia datang cari kau, pukul kau balik." saya memang risau sebab sahabat saya nih perempuan. Muka comel, tingkah laku sopan. Tapi tak sangka, dia menang bab pergaduhan ini. Risau risau.
" Dah di angkut polis dah pun. Sekarang ni tengah lepak dalam lokap. Orang kalau dah ambil benda haram tu, bukan ingat apa pun. Sebelum tu aku dah call polis sebaik sahaja aku dapat call dari adik aku yang laki dia mengamuk dan naik hantu. Kes minta duit nak beli benda haram.
Sementara tunggu polis datang, aku belasah jantan tak guna tu dengan kayu softball. Aku hilang sabar tengok dia sepak terajang adik aku tu. Betul jantan tak guna.
" Aiseyman, tak sangka pula, skill bermain softball masih kau gunapakai sehingga sekarang " usik saya untuk menenteramkan sahabat saya tersebut.
" Hmm..memang banyak faedahnya. Adik aku pun satu. Dari dahulu lagi aku dah nasihat, jantan tu bukan orang baik-baik. Muka hensem, duit banyak. Tapi income dia dari benda haram tu.
Adik aku kata, jantan tu dah janji akan berubah. Tapi tengoklah apa dah jadi sekarang nih. "
" Sabarlah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Insyaallah. "
GreenAppleKu : Kata orang cinta itu buta. Tapi kita yang celik nih, janganlah butakan hati dan akal kerana cinta.
harap2 jodoh kita bukan tergolong dari lelaki dayus macam ni.
BalasPadamInsyallah.. selagi kita tidak buta kerana cinta.
BalasPadamstoryfromme:stuju3! aaammiin...
BalasPadamyup agree dgn greenapple selagi kita x buta cinta kita akan nampak belang jantan atau lelaki semasa proses mngenal hati budi
BalasPadamNak kenal ngan member akak tu boleh?hehe....
BalasPadamDengan akak kamu tak nak kenal ker? haha..
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!