Suatu petang pada hujung minggu, Pink Lady telah membuat temujanji bersama kakak angkatnya (Sis) yang hampir 7 tahun tidak bertemu. Facebook telah menyambungkan kembali tali persahabatan yang sepi dan hilang tanpa khabar berita itu. 

Ceritanya bermula, apabila Pink Lady add seorang kenalan. Dari situlah, dia terjumpa kakak angkatnya. Punyalah happy, Allah sahaja yang tahu. Syukur.

Lokasinya BORDERS, kedai buku yang ada cafe starbucks tu. Sambil lepak, minum dan sembang, boleh juga lihat-lihat koleksi buku terkini di pasaran.

Sis hadir di iringi oleh 2 orang anaknya yang comel-comel. Geramnya Pink Lady melihat gelagat anak Sis yang ternyata seronok berkunjung ke BORDERS. Sementara mereka leka melihat dan membaca buku, Pink Lady dan Sis berborak kosong pelbagai cerita. Maklumlah lama tak jumpa.

Rupanya Sis telah 3 tahun menjadi ibu tunggal kerana kematian suami. Bergenang air mata ketika Sis menceritakan, kisah silamnya. Namun sedihnya tidak lama, riak diwajahnya mengambarkan Sis bahagia dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal kepada 2 orang cahaya mata.

"Kenapa tak cari penganti Sis ?" mulut takder insuran Pink Lady bertanya.

"Kalau ada jodoh yang terbaik dari Allah, Sis tidak akan menolak. Tetapi jika telah ditakdirkan yang Sis akan bersendirian bersama anak-anak, Sis redha."

"Aik macam tak nak penganti jer nih, kenapa?"

"Mencari pasangan hidup semasa kita single tidak sama caranya dengan mencari pasangan hidup ketika kita sudah mempunyai anak. Sis sekarang lebih kepada mencari penganti ayah buat anak-anak Sis." tenang jer wajah Sis ketika menceritakan prinsipnya dalam perkahwinan untuk kali kedua.

"Ooooo, memang betullah Sis. Dua perkara tersebut amat berbeza. Masa single (zaman anak dara) tanggungjawap kita hanya pada diri sendiri dan suami. 

Tapi untuk kali ni, lain sebab Sis dah ada anak. Kena cari lelaki yang sanggup menerima anak Sis seperti anak dia juga. Takkan nak kat mak, tak nak kat anak kot. Kalau setakat orang cam tu, lebih baik reject jer." Pink Lady telah berjaya merasakan apa yang dirasakan oleh Sis angkatnya itu.

" Bijak pun kepala otak kamu. Lain orang lain prinsipnya. Ada juga ibu tunggal yang sanggup tinggalkan anak semata-mata kerana ingin berkahwin lain. Banyak kes yang macam tu. 

Entahlah, Sis tertanya-tanya kenapalah sesetengah orang lelaki nih seperti tidak punya hati dan perasaan. Cuba bayangkan, jika ini terjadi pada isteri mereka dimana lelaki yang bakal menjadi suami kepada isterinya, tidak mahu terima anak suami pertama. Mana anak-anak dia akan tercampak? Rumah kebajikan masyarakat?

Prinsip Sis pula, jika Sis diberi pilihan antara jodoh dan rezeki, bukan nak riak dan tunjuk hebat, tapi sejujurnya Sis akan pilih rezeki. Dengan rezeki yang Allah kurniakan, Sis boleh gunakan membesarkan anak-anak Sis. Memberikan yang terbaik untuk mereka. Sis tidak sanggup untuk berpisah dengan mereka.

Jika Sis pilih jodoh, belum tentu lagi jodoh itu dapat menjadi penganti ayah dan suami yang terbaik untuk keluarga Sis. Tapi itu tidak bermakna, Sis menolak untuk berkahwin lagi. Sis selalu berdoa, jika ada jodoh terbaik yang telah ditentukan oleh Allah buat Sis sekeluarga, permudahkanlah. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya."

Terasa menusuk ke hati Pink Lady mendengar penjelasan dari Sis. Hendak pula ketika itu kelihatan kedua-dua orang anak Sis berlari ke meja mendapatkan ibu mereka untuk minum air. Bagi anak-anak tersebut, ibu mereka adalah segala-galanya. Ibulah ibu dan ibulah juga ayah.


4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Posting yg berguna utk lelaki & perempuan..

    Hidup ini singkat. Yg penting diutamakan.

    BalasPadam
  2. Moga Sis terus tabah dalam membesarkan 2 org cahaya matanya.

    BalasPadam
  3. @ manjeamusyuk

    Ya, betul, hidup ini sementara jer, dahulukan yang penting.

    BalasPadam
  4. @ Dr, saya pun berharap Sis akan terus tabah dan menjadi contoh kepada ibu tunggal yg lain.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama