Surah an-Nur ayat 31

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dada mereka, dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita ataupun anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita."

Islam tidak menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat dan tidak menjolok mata. Hamka di dalam Tafsir al-Azhar berkata, " Tidaklah kesemua pakaian barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan negeri kita dapat diterima. Kebaya Jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam.

Di sudut psikologi, menutup aurat bagi wanita Islam adalah lambang ketinggian maruah dan harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita-wanita jahiliah. Ia bukannya lambang penindasan bagi wanita. Beberapa golongan di barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya.

Di sudut kesihatan, melalui artikel The Science Behind the Veil di IslamOnline.net. ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain.

Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. V.G Rocine, seorang pakar otak, mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu darjah Fahrenheit. Keadaan ni boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala. Apabila fosforus cair fungsi otak akan menurun dan hal ini menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negatif. Justeru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.


Sumber rujukan : Quran Saintifik (Meneroka kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains - Dr. Danial Zainal Abidin ) 


GreenAppleKu : Setiap perkara wajib yang telah Allah perintahkan untuk setiap hambanya, ada kebaikkan untuk hambanya juga kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. setiap apa yg Allah perintah kn tuh..punya kebaikan buat kite..=)

    BalasPadam
  2. wa~
    x rugi follow blog ni
    teng for info

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama