Dalam tv, bila tiba musim panas di negara barat, kita akan dapat melihat  aktiviti berjemur dibawah matahari. Lokasi yang menjadi pilihan di tepi pantai mahupun di taman bunga, taman permainan dan anda fikirlah sendiri. (huhu..)

Sebelum tu, mereka akan sapu krim pelindung matahari agar kulit tidak terbakar tahap maksimum. Krim ini ada yang daya ketahanannya selama 4 jam, ada yang bertahan selama 6 jam. Setelah tamat tempoh ketahanannya, kena sapu sekali lagi. Dan begitulah seterusnya sehingga anda dah rasa nak balik rumah.

Di negara kita pun, ada yang gemar aktiviti seperti ini namun jumlahnya tidak besar kerana kepanasan di negara ini terlalu terik. Saya tak tahan, anda boleh bertahan ker? Jangan cari masalah, anda mungkin akan pengsan sebab suhu panas akan membuatkan 'hipoglikemia' (kadar gula darah tiba-tiba menurun dan meningkatkan kadar radikal bebas dalam tubuh).

Akibat daripada aktiviti berjemur juga boleh menyebabkan masalah tumbuh tanda-tanda seperti tahi lalat pada kulit. Tanda-tanda ini boleh mengakibatkan "Melanoma' iaitu sejenis kanser kulit yang ganas. Erkk!!

Menurut kumpulan penyelidik dari Universiti British Columbia, seseorang itu tidak boleh bergantung kepada krim pelindung matahari sahaja, mereka perlu melindungi tubuh dengan memakai baju berlengan panjang, memakai topi dan berteduh.

P/S : Emmm..sudah terbukti ada sebab mengapa Allah SWT menyuruh umat Islam menutup aurat terutamanya kaum wanita. Hari ini hari jumaat,  disunatkan bersedekah. Senyum..

6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. grin epel ku : salam pagi jumaat ('',) senyum....ok, ai laik dis...tengkiu tau share info gud camni...ada gak faedah nye membaca tambah pengetahuan...

    p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
    1.New Entry "SeLaMaT DaTaNG BeNDa BaRu !!!"

    BalasPadam
  2. Awak senyum kat saya ker..saya senyum kat awak semula..sama-sama dapat pahala.

    BalasPadam
  3. salam kenal....nice blog mcm orgnya gak ahaakkkkss....cheers

    BalasPadam
  4. setuju. tp teramatlah malas nak pakai. camna tu?

    BalasPadam
  5. betul. Tutup aurat dengan sempurna pun dah dapat lindung kesemuanya :)

    BalasPadam
  6. Memang krim pelindung panas/ UV sangat penting.. Kalau tak pakai waktu nak kua ase ada yang tak kena je.. huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama