Menerusi buku Naomi Moriyama seperti tajuk diatas yang juga merupakan seorang perunding pemasaran kelahiran Jepun, beliau menyelongkar petua disebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.
Menurut beliau, jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah dikalangan masyarakat Jepun ada kaitan dengan jenis masakan yang disediakan di rumah.
Rahsia pertama
Makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Rahsia kedua
Makanan yang disajikan adalah dalam kuantiti yang kecil. No wonder, kalau tengok movie jepun, saiz mangkuk nasi mereka kecil jer kan.
Rahsia ketiga
Sup miso menjadi sajian sarapan utama. Em, ni nak kena tanya Mat Gebu a k a Dapur Tanpa Sempadan..En. Mat, ada resepi sup miso tak?
Rahsia keempat
Masakan secara sederhana.
Rahsia kelima
Nasi menggantikan roti.
Rahsia keenam
Hanya jamah makanan pencuci mulut! Kalau kita bab makan pencuci mulut ni, sampai habis kita makan.
Rahsia ketujuh
Wanita jepun tidak mengamalkan sebarang diet sebaliknya makan apa sahaja yang digemari dalam jumlah sedikit.
Nota : Pernah terdengar dan terbaca ayat-ayat berikut, berhenti makan sebelum kenyang, makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik ayat tersebut. Bertapa banyak perbezaan cara pemakanan rakyat Jepun jika hendak dibandingkan dengan kitakan.
best la.. makan tapi tak gemuk.. :)
BalasPadamwah...kna ikot lah rahsia dorg nih...
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!