Ni bukan nak promosi filem SINI ADA HANTU, tetapi sekadar 'flash back' kembali zaman persekolahan dulu-dulu. Iya tu, bila tertengok review filem tu, aku terkenang zaman persekolahan aku dahulu. Okay, adalah serba sedikit filem tu adalah penyebab saya ter'flash back' kisah hantu asrama nih.
Yess.. i'm from english education school (ni, ter'copy' skrip HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ). Sekolah Menengah Perempuan St.George atau nama englishnya St. George's Girls' School nick name Georgians / SGGS. Kalau di Penang, sekolah ni memang glamour dan menjadi impian ramai pelajar perempuan untuk belajar disini. Glamournya sampai korang boleh search dalam wikipedia.org . Klik link kalau korang nak baca detail.
Em..tidak beberapa jauh dari sekolah SGGS ni, terletakkannya Sekolah Menengah Penang Free atau panggilan lain Penang Free School. Sure ramai yang tahu, ni sekolah khas untuk pelajar lelaki. No komen sebab masa zaman aku, dari dulu lagi kedua sekolah ni memang tak berapa ngam walaupun kami berjiran...
Sengaja aku letak sekeping gambar sekolah untuk tatapan bersama dan sebagai penambah mood seram. Di atas, gambar dewan dan 'clock tower'. Di dewan tersebutlah, aku telah menduduki ujian SPM. Dan di dewan ini jugalah perhimpunan sekolah akan diadakan. Tak perlu nak risau hujan atau panas!
Misteri 'clock tower', menurut senior, once upon a time, adalah seorang pelajar genius. Dia ni memang top student dari form 1 hinggalah form 5. Memang power pelajar ni sebab dapat mengekalkan prestasi pelajarannya selama 5 tahun berturut-turut. Dah banyak hadiah dan anugerah yang dia bolot. Jangan jealous, dah rezeki dia.
Dan menurut senior, akhirnya pelajar ini di jumpai mati terjun dari 'clock tower' kerana dia tidak dapat menerima hakikat, result SPMnya tidak seperti yang diharapkan. Kata senior, dia 'over-confident ' akan skor yang terbaik tapi manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang akan menentukan apa kesudahan perancangan kita itu.
Dan bermula dari tragedi tersebut, bila malam menjelma ada yang terdengar tangisan perempuan bernada sayu. Ada yang rasa semacam je bila lalu di lokasi kejadian. Warden asrama tak benarkan kami (penghuni asrama) merayap ke kawasan dewan sekolah bila tiba waktu prep. Hanya duduk di kelas dan balik bila tamat prep. Ke tandas sekolah pada waktu malam? Taklah.
Moral of the story yang boleh kita jadikan ikhtibar, sentiasa ingat pada AllahSWT walau apa jua 'mood' kita. Kita berjaya, ingat dan syukur padaNya. Kita diuji, ingat dan mengadulah padaNya. AllahSWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Setiap perkara yang terjadi, ada hikmah yang tersembunyi. Sabar, redha dan kita akan temui jua hikmahnya. Insyaallah.
Nota : Kisah di atas sekadar cerita dari senior ke junior. Entahkan betul atau tak. Pintu masuk ke Clock Tower memang di kunci. Aku hanya mampu pandang tangga menuju ke clock tower. Tinggi dan terpaksa panjat melalui lorong yang sempit. Membayangkan pun dah rasa gayat.