Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.
Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.
Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.
Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.
Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.
Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.
Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah muhrim kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan muhrim juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.
Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula?
Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan muhrim ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?
Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.
Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan muhrim setiap masa dan tidak kira di mana-mana.
Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.
Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan muhrim berkongsi melihat aurat isterimu.
Biodata Penulis
MUHAMMAD ZAKI RAMLI ialah Eksekutif Penyelidikan di Yayasan Ilmuwan. Artikel tulisannya beberapa kali dipilih untuk dimuatkan di dalam akhbar tempatan.
bismillah,
BalasPadambiasalah tu..norma masyarakat di malaysia yg larut dlm majoriti..
org nikah pakai tudung..semua nak ikut..bila bersanding bukak buku lama..terdedah sana sini..
dan setuju sgt..keluarga dan suami perempuan tu turut bertanggungjwb untuk memastikan pompuan tu tutup aurat..^^
yup! suami kena tau.. tanggungjawab dosa neraka terletak pada bahunya juga. Senget bahu nanti kalau tak jaga semua itu.
BalasPadamhaah setuju, tp bersanding pun bkn wajib kn?
BalasPadamBetul tu Ayuni, bersanding bukan wajib. Jika dirujuk dalam syarat sah perkahwinan, memang tak der. Sekadar adat dan pelengkap majlis. Bak kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat. Ehm..GA tak nak mati anak, mati adat okay jer.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!