Dipagi raya, selepas sahaja selesai sembahyang sunat hari raya, rumah kedua ibubapaku mula menerima kunjungan tetamu. Dan bermula dari detik itu, tetamu yang hadir tidak putus hinggalah ke petang. Kehadiran kanak-kanak yang datang beraya semata-mata untuk kutip duit raya, menambahkan ke'busy'an di hari raya pertama. Tidak menang tangan dibuatnya.
Lewat petang, saya sekeluarga bersama kedua ibubapaku berkunjung ke rumah arwah nenek. Di situlah kebiasaannya kami berkumpul. Jika hendak jumpa sepupu sepapat, mak long pak long, inilah destinasinya setiap tahun. Yang dari luar negara pun, jika berpeluang bercuti di Malaysia, dah tahu mana nak cari keluarga di hari raya ini. Faedahnya, dapat jimat masa dan duit petrol. Boleh borak lama-lama dan buat sesi fotografi dalam suasana santai. Tidak perlu mengejar masa dan mengharungi kesesakkan jalan raya.
Masa untuk mengira duit raya anak-anak.. |
salam aidilfitri =] banyak ke wt kuih..he2
BalasPadamSalam aidilfitri buat awak juga..tahun ni buat kuih tunjuk jer..awak berapa balang kuih raya tahun ni?
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!