20hb September 2010, baru mula masuk kerja. Memang cuti sakan ni. Selain agenda hari raya, stay connect with blogger world, masa cuti ini jugalah  saya perlu luangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak tersayang. Bawa anak-anak 'jalan-jalan cari makan'.


Hari ini juga tukar back ground dari black kepada deep green. Cool dan menenangkan. Sempena mood raya. 


Cerita terkini, Lagenda Ular Emas yang ditayangkan di TV3 jam 4.30 petang dan TV9 jam 8.30 malam setiap hari Isnin hingga Khamis ialah Raudhah di santau. Berikut adalah sedikit sinopsis cerita tersebut. Cerita ini mengisahkan tentang Raudhah, seorang isteri yang patuh dan setia. Seorang wanita yang amat lurus dan tulus ikhlas hatinya serta sentiasa redha dengan apa saja bentuk rintangan dan dugaan yang datang dalam kehidupannya. Di atas kelurusan dan kepatuhannya itu, dia sentiasa mengamalkan pesanan arwah ibunya supaya sentiasa mendahulukan setiap pekerjaan dengan membaca “Bismillaahir rahmaanir rahiim”. Oleh kerana amalan itu telah sebati dengan dirinya sejak kecil, maka kalimat itu tidak pernah lekang dari bibirnya sehingga ke hari ini.


Berbalik kepada santau tadi, Raudhah telah di santau oleh suaminya sendiri. Sakit mata melihat 'feel' suami Raudhah yang tidak tahu bersyukur, hipokrit dan macam-macam perangai buruk yang lain. Sedikit info tentang santau untuk kita share bersama.

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah,pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka[perlu rujukan].

Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.


Matlamat
 Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh.


Kelebihan
Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi.

Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-ray maupun ultrasound. Ini juga punca mengapa pada persidangan Antarabangsa di The Hague di Netherland pada 1899 dan 1907 mengumumkan prinsip St. Petersburg yang melarang penggunaan bahan yang menyebabkan “unnecessary suffering” atau “superfluous injury.” Antara lain ia melarang penggunaan bahan letupan dengan kaca jernih kerana kesukaran pakar bedah mengesannya


Kelemahan
Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa. Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu.
Oleh kerana santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka.
Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun


Penelitian secara ilmiah
Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.

Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru dan dengan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Ini mengakibatkan keadaan sepertiMesothelioma atau Penyakit Asbestosis.

Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh.

GreenAppleKu : Dalam banyak-banyak ilmu..kenapa ilmu ini juga yang hendak di tuntut?

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. syirik la bende2 ni..xpaham betul dgn org kite ni..nak dengki pn dgn care lain la..ni smpai nak bunuh..bunuh dosa bsr lain..syirik dosa besar lain..aduii..

    BalasPadam
  2. Mana mereka ada fikir bab tu semua, janji hati mereka puas, dendam terbalas dan kepada yang mengamalkan ilmu santau ni..sudah menjadi syarat setahun sekali kena cari mangsa kalau tidak pengamal itu sendiri akan mati..aduii..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama