"Nak sedekah amenda..aku sendiri pun tak cukup buget"


"La..minggu lepas aku dah sedekah..cukuplah tu.."


Itu adalah antara cakap-cakap biasa yang selalu kita dengar bila disebut bab sedekah ni. Sedekah maknanya mendermakan harta kita. Kita hanya nampak perkataan sedekah hanya berkait rapat dengan wang ringgit, sedekah tabung masjid, sedekah pada anak yatim dan sebagainya. Bagi orang yang memang moto hidupnya..duit ni aku yang punya..aku yang kerja kuat siang malam, hujan ribut pun aku masih buat kerja, dengan simple word..kedekut, berkira, bakhil,  memang tidak akan ambil hal ngan bab sedekah-sedekah ni. (Contoh: Haji Bakhil dalam filem Labu Labi..)


Bagaimana pula dengan mereka yang ada niat di hati hendak sedekah tapi memang keadaan kewangan betul-betul tidak mengizinkan. Mari kita luaskan konsep sedekah dan ambil tahu jenis-jenis sedekah antaranya:


1) Mendamaikan saudara yang berselisih faham.
2) Menolong saudara meringankan beban orang bermusafir.
3) Menolong saudara mengangkat beg atau bebanan yang berat.
4) Kata-kata yang baik. 
5) Langkah ke masjid.
6) Alih duri dari jalan (elakkan mudarat)
7) Senyum..
8) Mengubati penyakit.


Namun lebih afdal orang yang mempunyai harta lalu mendermakan harta tersebut berbanding orang yang bersedekah dengan cara yang selain mendermakan harta bendanya.




Ini adalah soal kelebihan kepada orang-orang yang dikurniakan dengan kemewahan dan harta yang banyak tetapi tidak pernah lupa kepada segala nikmat yang Allah kurniakan.


Bagi saya kita bersedekah setakat yang kita mampu adalah lebih baik dari tidak bersedekah langsung. Selagi di beri kekuatan dan kesempatan untuk mengumpul point sebagai bekalan di dunia yang kekal nanti.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama