Suasana di dalam rumah tersebut sepi buat seketika. Hanya kedengaran celoteh DJ Era melayan panggilan dari pendengar. Baik tuan rumah mahupun rakannya, masing-masing masih terkejut dengan apa yang dialami oleh mereka sebentar tadi. Seorang terkejut ternampak lembaga melintas, yang seorang lagi still masih blurr dengan story gempak dari jiran sebelah rumah.
Tuan rumah : “Eh Nazri, kalau nak minum pergilah ambil air di dapur. Buat macam rumah sendiri lagipun kau dah biasakan buat rumah ni macam rumah sendiri.”
Nazri : “Yelah..kalau aku dahaga nanti, tahulah aku apa nak buat. Ehm.. bab angkat barang dah settle..so aku fikir nak beredar la..”
Tuan rumah : “Ehh..tak kan dah nak balik..releks lah dulu. Betul-betulkan urat saraf. Penat pun belum hilang. Ehm..apa kata malam ni kau tidur sini.” tanya tuan rumah dengan penuh pengharapan. Hendak terus terang, malu pula rasanya sebab confirm kena bantai gelak.
Nazri : “Tidur sini..kau dah gila ker..nanti jiran sebelah ingat kita ada hubungan diluar tabii..ishh tak nak aku.” Seloroh Nazri.
Tuan rumah : “Yelah..yelah..tak nak tidur sini tak perlah..tapi takkan sampai macam tu sekali alasan kau. Eh..aku pun takder selera tengok kau la..” Pada hal dalam hati tuan rumah tu..(Alamak..cam na ni..tak silap aku..tadi semasa aku bukak pintu..rasanya aku ternampak sesuatu..terkejut ada, nak menjerit pun ada..tapi kena kontrol macho depan member aku ni..Ya Allah kau lindungilah hambamu ini dari gangguan syaitan, hantu dan yang seangkatan dengannya. Amin.) Itu jer doa yang sempat dibaca oleh tuan rumah.
Sebaik selepsa Nazri beredar, tuan rumah mengunci pintu lalu berjalan menuju ke ruang tamu..dan ketika itulah sekali lagi muncul susuk tubuh manusia bergerak sepantas kilat menuju ke balconi. “Allah Hu Akhbar” itu jer yang sempat keluar dari mulut tuan rumah.Rasa lemah seluruh anggota badannya. Hendak melangkah pun sudah tidak terdaya rasanya.
Dia mengumpul kekuatan dan kuatkan semangat untuk bergerak. Dicarinya cd bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sampai ke pagi bacaan ayat suci Al-Quran itu, menemani tuan rumah yang telah terlena di dalam ketakutan.
Nazri;
“Itulah yang diceritakan oleh Haziq pada aku. Macam tak percaya jer. Eish..meremang bulu roma aku ni”
Atiqah;
“Adik aku punya pengalaman lagi seram. Ada suatu pagi tu, lebih kurang jam 5 pagi. Dia hendak reverse kereta so dah tentulah kena pandang cermin belakang. Korang tahu apa dia nampak..lembaga tu siap bertenggek atas kereta lain. Adik aku buat bodoh jer..sebab dia dah banyak kali tersempak dengan benda-benda macam ni. Dah lali. Eish..kalau aku mahu terlepas juga stering kereta tu..”

Harlina:
“Tu kena jenis yang nak ganggu jer tu..nak main-main. Kalau kena yang jenis hendak tinggal dalam badan lagi parah. Ada sampai yang boleh bawa mati.”
Sedang kami hangat bercerita topik hantu sambil makan pagi, tiba-tiba pintu bilik meeting di buka.
“Woiii..meeting apa lagi tak habis ni..bos dah sampai tu.” Jadi kami pun cepat-cepat kemas apa yang patut dan bergegas ke meja masing-masing. Time to work.

seram jer baca
BalasPadamMemang seram..nak pula kena pada rakan yang kita kenali..mau berdiri bulu roma..
BalasPadamtp au yg da bese tu bwat bodo jew ar..cam aq ngn membe2.... ntah ngape au kt asrama mangsa yg knew kacau konfem kitaowg...sampai an ustd ktew kmiowg ada bwat perjanjian dgn benda 2...sadis tol...
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!