Cara Aplikasi Produk Penjagaan Wajah.


Assalamualaikum dan hai.


Bila terbaca perkongsian dari fb Sendayu Tinggi, baru aku tahu selama ni aku dah aplikasi cara yang salah ketika pakai krim mata!

Aku guna jari telunjuk sebab dah jadi kebiasaan. Bila dah dapat tahu, terus tukar guna jari manis. Kawasan sekitar matakan sensitif. Insaf dah aku.

Berikut aku share cara aplikasi produk penjagaan wajah yang betul. Semoga bermanfaat untuk semua.



1. PENCUCI MUKA : Buihkan sedikit pencuci muka sebelum disapu pada wajah. Gosok muka dalam bentuk bulatan selama beberapa minit. Fokus pada bahagian sekitar mata, hidung, pipi dan dahi. Bilas dengan air dan lap sehingga kering.

2. KRIM MATA : Letak 3 titik kecil krim di area bawah dan atas mata. Gunakan jari manis, sapu perlahan dari arah dalam ke luar. Kemudian, dalam pergerakan bulatan urut bahagian bawah mata tolak ke atas. Ulang beberapa kali. (jangan sesekali guna jari telunjuk sebab jari telunjuk lebih kuat dari jari lain. Ia menyebabkan kawasan mata yang lembut dan sensitif mudah lebam)

3. MOISTURISER (PELEMBAP) : Ambil sedikit pelembap dan sapu di keseluruhan wajah dan leher. Fokus pada bahagian dahi, dagu dan pipi. Urut perlahan selama beberapa minit agar produk meresap. Jika tidak mencukupi, boleh tambah kuantiti pelembap dan ulang langkah sama. Jangan terus ambil kuantiti banyak, kerana akan menyebabkan wajah nampak berminyak dan produk lambat meresap.

4. SUNBLOCK (PELINDUNG MATAHARI) : Ambil sunblock bersaiz sebesar biji manik, dan titik pada pipi, dahi, dagu dan hidung. Sapu rata pada wajah hingga meresap dan ulang sekali lagi untuk perlindungan maksima. Bahagian hidung adalah paling penting dan perlu disapu sunblock dengan jumlah yang sama atau lebih kerana paling banyak terdedah pada matahari. 


 Thanks for reading.🌼


2 ulasan:

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!