Cantikkan warna kosmetik di atas. Teringat-ingat dibuatnya. Kan seronok jika ada kosmetik jenama sendiri. Kali ini aku nak share dengan pembaca, bagaimana untuk merealisasikan impian untuk memiliki kosmetik jenama sendiri. 

Dengan modal serendah RM3000 di bawah pakej Chomel, (produk siap yang disediakan) atau pun Pakej RM5000 (produk baru yang kita sendiri tentukan bahannya dibawah ZY Phyto Cosmetic Science) impian untuk memiliki produk kosmetik jenama sendiri boleh menjadi kenyataan.

Terdapat pelbagai produk kecantikkan yang boleh di pilih seperti Anti-Wrinkle Serum, Whitening Serum, Make Up Remover, Face Cleanser, Opaque Soap, Opaque Deodorant, Whitening & Moisturizing Soap, Whitening & Moisturizing Cream, Anti-Acne Soap, Body Scrub, Shower Gel, Hair Growth Oil, Aromatherapy Oil Lipstik, Blusher, Matte lip cream, Foundation dan lain-lain.



Sebelum menghasilkan produk, rundingan bersama pihak Zy Phyto Tech Industries (Kontrak Pengilangan OEM) akan dimulakan terlebih dahulu bagi mengenalpasti produk yang diinginkan. 

Kemudian, sebut harga akan dikeluarkan mengikut persetujuan semasa rundingan tersebut. Selepas pembayaran deposit, rundingan dibuat sekali lagi mengenai produk dan pemilihan pembungkusan pula dilakukan.



Setelah produk siap, sample produk itu akan dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan kelulusan. Pada tahap ini, 60% bayaran perlu dijelaskan.

Tempoh penghasilan produk siap sepenuhnya memakan masa 4 ke 5 minggu selepas kelulusan KKM diterima.

Setelah produk siap sepenuhnya dan kita tidak tahu cara memasarkan produk tersebut, pihak Zy Phyto juga ada menawarkan khidmat pemasaran berkaitan produk.


Siapa ZY PHYTO TECH INDUSTRIES SDN BHD.

ZY PHYTO TECH INDUSTRIES SDN BHD adalah KILANG JENAMA SENDIRI, syarikat 100% bumiputera yang membantu banyak usahawan untuk mengeluarkan produk-produk kesihatan dan juga kecantikan yang turut dikenali sebagai KING Of OEM. Mempunyai 9 buah anak syarikat iaitu:

1. Zy Phyto Tech Industries Sdn. Bhd.
2. Zy Phyto Cosmetic Sdn. Bhd.
3. Zy Phyto Herbal Science Sdn. Bhd.
4. Zy Academy Sdn. Bhd.
5. Zy Printpack Sdn. Bhd.
6. Zy Phyto Marketing Sdn. BHd.
7. Zy Phyto East Coast Sdn. BHd.
8. Yayasan Qaseh Zy Phyto
9.  Emily's Cattery.

Kilang pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan sistem Pengurusan Kualiti ISO9001. Tidak perlu risau produk dirampas dan didenda oleh KKM kerana setiap produk yang keluar dari kilang di jamin kualiti, selamat dan berkesan.

Di audit dan di pantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setiap tahun bagi mempastikan produk dan proses berjalan mengikut piawaian dan produk yang dihasilkan selamat dan bebas dari bahan-bahan terlarang.


Pasukan tenaga mahir dan professional dalam jabatan R&D dan QC bagi mempastikan FORMULASI PRODUK UNIK, BERKUALITI & BERKESAN.Berpengalaman dan punya TRACK RECORD HASILKAN PRODUK FENOMENA yang selalu dilihat di kaca TV dan media cetak. Juga menjadi peneraju industri kecantikan dan kesihatan.


FASILITI PALING LENGKAP dalam industri OEM pembuatan produk kesihatan dan kecantikan. Fasiliti lengkap untuk pemprosesan dan pembungkusan produk, studio rekabentuk pembungkusan, kilang pembuatan botol dan kilang percetakan bahan pembungkusan. One stop centre.

Amacam? Dah terbayang kosmetik jenama sendiri? 

Telefon : +603 60388898 / 6898 / 7898
Fax : +603 60388798
Nak lagi mudah klik sahaja link ini : http://jomorder.com/60182458898/PAKEJ_OEM_COLORS_COSMETIC


Nota : Perkongsian gambar dari Google dan koleksi ZY Phyto Tech Industry Sdn Bhd.

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Bila baca ni, baru tau banyak info kalau nak keluar produk jenama sendiri...

    BalasPadam
  2. one day, inshaa Allah nak juga buat produk sndr..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama