Perkongsian gambar dari Google
Assalamualaikum dan hai.

Melihat perkongsian gambar umrah mahupun haji rakan sebaya aku di media sosial, aku jatuh syukur dan teruja. Syukur sebab rakan aku tersebut dimurahkan rezeki berpeluang ke Mekah. Dan teruja sebab jika ada rezeki, aku pun nak ke sana.

Namun dalam rasa teruja terselit juga rasa simpati apabila terbaca kes penipuan pakej umrah dan haji yang lalu di timeline Facebook. Dan ada juga yang disiarkan di kaca television. Meratap terkilan mangsa yang terkena. Hancur impian sekelip mata.

Pengalaman mereka aku jadikan panduan untuk lebih berhati-hati dalam misi pencarian travel agensi. Dalam banyak-banyak agensi yang kendalikan pakej umrah, aku terpikat dengan Juara Travel & Tours Sdn Bhd.

Perkongsian gambar dari Google.

KENAPA JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD?

Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah merupakan syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia semenjak tahun 1994 (Nombor lesen : KPK/LN2819) dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan juga BUMITRA MALAYSIA.

Mempunyai pengalaman luas melebihi 17 tahun di dalam pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan di dalam dan luar negara seperti Jepun, Sepanyol, Indonesia, Korea, Turkey, Vietnam, China dan negara-negara lain. 

Mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun di dalam mengendalikan bidang pengurusan umrah dan telah menguruskan seramai lebih kurang 30,000 jemaah sehingga kini. 

Menggunakan perkhidmatan pembimbing haji dan umrah yang bertauliah dan berpengalaman bagi menguruskan jemaah sama ada sebelum, semasa atau selepas mengerjakan ibadah umrah. Mereka juga mempunyai kakitangan yang cekap dan pakar di dalam bidang tugas masing-masing.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan :
  • Pakej Umrah, Ziarah dan Haji
  • Tempahan tiket waran perjalanan udara kerajaan
  • Tempahan tiket penerbangan dalam dan luar negeri
  • Pakej pelancongan berkonsepkan Islam di dalam dan luar negara
  • Pakej lawatan sambil belajar
  • Pengurusan VISA
  • Tempahan Pengangkutan dalam dan luar negara
  • Tempahan penginapan dalam dan luar negara
  • Wakil syarikat di lapangan terbang
  • Akademi Mutawif (Pembimbing Umrah)
  • Kursus Bimbingan Umrah secara percuma.
Selain daripada HQ di Kuala Lumpur, Juara Travel & Tours Sdn Bhd juga mempunyai cawangan-cawangan di beberapa lokasi di seluruh negara, antaranya Johor, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Sarawak.

BAYAR SECARA ANSURAN BAGI PAKEJ JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD.

Tidak semua di kalangan kita dari golongan yang berkemampuan dan mempunyai banyak duit. Ada yang terpaksa menabung dalam jangkamasa yang agak lama untuk membolehkan mereka memenuhi impian dan hasrat untuk mengerjakan ibadah umrah. 

Sayugia, pihak Juara Travel & Tours Sdn Bhd mengambil inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan berkenaan dengan menawarkan selain daripada pelbagai rebat dan diskaun, mereka juga menawarkan kaedah pembayaran secara ansuran seperti berikut :
  • Bayaran deposit sebanyak RM 500 sahaja sehari selepas mendaftar.
  • Bayaran kedua sebanyak RM 2,000.00 pada 4 bulan sebelum tarikh perjalanan.
  • Bayaran baki harga pakej pada 2 bulan sebelum tarikh perjalanan.


KURSUS UMRAH PERCUMA.

Pihak Juara Travel & Tours Sdn Bhd juga menawarkan kursus umrah secara percuma di seluruh negara mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk mengetahui dan menyemak jadual yang telah disediakan setiap bulan, boleh klik https://www.juaratravel.com.my/event.

Kursus umrah percuma ini adalah terbuka kepada :

  • Semua penduduk sekitar.
  • Semua bakal jemaah umrah daripada mana-mana syarikat.
  • Semua Muslimin dan Muslimah yang bercita-cita untuk mengerjakan ibadah umrah dalam tempoh terdekat atau dalam tempoh 5 tahun lagi.
  • Individu yang berminat mendalami ilmu dan hukum-hakam umrah.


PAKEJ HAJI 2018.

Juara Travel & Tours Sdn Bhd juga ada menyediakan pakej haji untuk tahun 2018 dengan lesen bernombor PJH 18/1439H dengan pakej-pakej sebagaimana yang tertera di atas termasuk :

  • Bimbingan daripada pembimbing yang bertauliah dan berpengalaman.
  • Petugas yang berpengalaman di dalam menguruskan jemaah haji.
  • Menyediakan makanan 3x sehari (Mekah, Madinah, Arafah dan Mina).
  • Cenderahati seperti beg troli, beg pakaian, kain ihram, telekung, sarung tangan wanita, uncang kasut, beg sandang dan uncang belakang serbaguna.
  • Kursus haji secara intensif dan taklimat akhir sebelum berlepas.
  • 7 kali umrah (3x Tanaeim, 3x Jaranah, 1x Hudaibiyah Mekah) dan (7x Masjid Quba, Madinah).
  • Insurans Perjalanan (atas permintaan jemaah dengan tambahan RM 300)
Jadi, bagi anda yang berminat untuk menempah, boleh dapatkan pakej pilihan di laman web rasmi mereka di www.juaratravel.com.my ataupun sekiranya anda ingin mendapat kemaskini promosi mereka dengan lebih pantas, boleh sahaja layari laman sosial Juara Travel di Facebook dan Instagram melalui pautan yang disediakan dibawah:




2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. alhamdulillah,seronoknya dengar ada kursus umrah percuma! pakaej pula berpatutan..ramai yang memberi feedback positif mengenai Juara travel ni

    BalasPadam
  2. sebuah cita" bisa berziarah dan menjadi haji yang mabrur, semoga kita semua dapat melaksanakannya.. aamiiin

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama