SF Coffee di Gurney Plaza, Penang

Assalamualaikum dan hai. 

Berita baik buat pengemar kopi! SF Coffee kini dah ada di Penang. Bertemakan "Kopi, Pantai dan Laut", pemilihan Plaza Gurney Drive yang lokasinya berhampiran dengan laut adalah tepat.

SF Coffee di Gurney Plaza, Penang

Anda pasti terpegun sebaik sahaja melangkah masuk ke SF Coffee bila terpandang lukisan mural yang menjadi hiasan dinding. Lukisan mural hasil karya artis Anna Maria menjadikan dekorasi outlet tampil unik dan tersendiri. Aku sempat bergambar kenangan dengan artis hebat tersebut. Cantik lagi peramah orangnya.

SF Coffee di Gurney Plaza, Penang

San Francisco Coffee atau nama singkatannya SF Coffee telah lama bertapak di Malaysia. 29 buah outlet di Kuala Lumpur, 9 buah outlet di Selangor, sebuah outlet di Pahang, sebuah outlet di Negeri Sembilan dan terkini di Pulau Pinang.

SF Coffee di Gurney Plaza, Penang

Selain kopi terdapat wrap, sup, kek, pasta, sandwich, donut dan puff. Aku tidak melepaskan peluang untuk cuba sendiri SF Coffee Hazelnut Ice Blended dan Ultimate Mocha. Sedap oii.

SF Coffee di Gurney Plaza, Penang

Berikut aku kongsikan gambar yang sempat aku ambil sekitar majlis tersebut. Aku juga ada videokan majlis istimewa ini di instagram. Jangan lupa singgah ye.

SF Coffee di Gurney Plaza, Penang
Bekas air SF berwarna putih dah menjadi milik aku.

SF Coffee di Gurney Plaza, Penang
Antara menu ketika majlis perasmian.
Menu yang dihidangkan ketika majlis pun sedap-sedap semuanya. Bertambah aku makan sandwich tuna, chicken mayo dan cheese. Tak kedekut mayo dan cheese. 😋

SF Coffee di Gurney Plaza, Penang
Antara orang penting dan tetamu terhormat yang hadir pada hari perasmian. Dari kiri ke kanan ialah, 
Mr. Nabil Alwi 
(SF Coffee Head of Business Development) 

Mr. Nik Azwaa 
(SF Coffee Head of Marketing) 

Dato’ Kamal YP Tan 
(Group CEO of Envictus International) 

Dato’ Jaya JB Tan 
(Chairman of Envictus International) 

Yang Berhormat Syerleena Abdul Rashid 
(ADUN SERI DELIMA) 

Mr. Khor Sin Kok 
(Deputy Group CEO of Envictus International) 

Mr. Mah Weng Choong 
(Independent Director of Envictus International)

Ms. Koo Sue San 
(General Manager of SF Coffee) 

Ms. Anna Maria 
(Mural artist for SF Coffee’s first Penang outlet)

SF Coffee di Gurney Plaza, Penang

SF Coffee di Gurney Plaza, Penang


Thanks for reading. ❤

5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. sy coffee lover.. next time bleh try cni pulak

    BalasPadam
  2. aida ni coffee lover.
    but, asben bukan :(
    maka, memang jarang sgt lah lepak coffee house.
    sesekali, ajak adik bongsu. legaaaa nak slrrpp coffee :)

    p/s : done follow u, eiza :)

    BalasPadam
  3. comei yer...botol sf...kat sungai buloh ada tak silap cawangan sf ni...nanti pi usha2 lar...hihihi

    BalasPadam
  4. Tak pernah rasa Sf Coffee ni..tapi nampak menarik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama