Assalamualaikum dan hai. 

Pada 17hb Jun baru ni, aku berpeluang hadir ke '1st Day Launching' promosi '100 days New Malaysia SUNDAY Buffet Lunch' anjuran Flamingo Hotel By The Beach Penang. Ye, bersamaan dengan Hari Raya ke3. 

Di saat orang lain sibuk makan ketupat lemang rendang, aku korbankan beberapa jam demi kerjaya sepenuh masa kesayangan aku ini. Tak perlu nak syahdu sangat eiza oiii, ramai lagi insan lain yang kena bertugas pada Hari Raya. 😂 

Okay, bagi anda yang tercari lokasi di mana nak lunch pada hari Ahad, aku cadangkan anda rebut promosi '100 days New Malaysia SUNDAY Buffet.' 

Dewasa RM48 nett (Buy 1 free 1 for Adult only)
Kanak-kanak RM25 nett (4-11 tahun)
Bermula 12:30pm - 2:30pm
Call : +604 892 7111 untuk tempahan

Ada pelbagai menu makanan yang disajikan. Aku cuba murtabak dengan rendang daging. Memang sedap. Jemput layan perkongsian gambar sekitar majlis perasmian. 

Buffet lunch di Flamingo Hotel by The Beach Penang
Nasi serta lauk pauk yang ada.
Nasi Beriani, Nasi Putih Kukus, Crispy Mackerel Fish with Spice, Kari ikan with Okra dan terung, Kentang Percik, Sup Crab and Sweet Corn Kennel, Sup Kambing Berempah, Telur Rebus Masak Kuzi, dan Siput Masak Lemak Cili Padi.

Antara menu yang ada di Action Dish and Stall ialah Claypot Seafood 'Hor Fun & Shang Mee', Mee Goreng dan Mee Rebus, Roti Canai, Hokkien Mee, Ayam Golek, Cendol Pulut dan Ais Cream Goyang.

Buffet lunch di Flamingo Hotel by The Beach Penang

Fresh Fruit Corner, Fruit Salad atau Rojak Buah, Gado-gado dengan Kuah Kacang, Kerabu Mangga, Kerabu Nyonya, Curry Chicken Salad with Pineapple, Ulam berserta Sambal Belacan, Bubur Kacang Hijau, Pengat Pisang dan Hot Soya.

Buffet lunch di Flamingo Hotel by The Beach Penang
Jeruk dan pencuci mulut
Menu pencuci mulut yang ada ialah Jeruk Buah-buahan, Jelly, Pudding, Cakes and Pastry, Chilled Caramel, Keropok Ikan, Udang dan Papadom serta kuih muih tempatan.

Buffet lunch di Flamingo Hotel by The Beach Penang
Antara menu yang aku cuba.😋

Buffet lunch di Flamingo Hotel by The Beach Penang
Thanks to mereka yang
 sporting bergambar

Dan terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan baca perkongsian aku kali ini. ❤



12 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Wahhh banyaknya menu dia. Semuanya nampak sedap

    BalasPadam
  2. Murahlah untuk pelbagai jenis lauk nie. Lagi pun buy 1 free 1, lagi untung! Makanan pun nampak sedap tu.

    BalasPadam
  3. Murahnya bufet dia, siap buy one free one tu.

    BalasPadam
  4. best yer kak eiza, raya ke 3 dah makan kat hotel

    BalasPadam
  5. Wow.. nampak sedap la.... da la murah... sonok nak bercinta kat sini ni... muehehe ~

    BalasPadam
  6. waaaaa.. sedap2 makanan kat sini :)

    jemput singgah entry terkini ejulz

    https://ejulz.blogspot.com/2018/06/nak-cari-sponsor-segmen.html

    BalasPadam
  7. Menariknya tgk menu tu... ada alasan nk ke Penang ni

    BalasPadam
  8. Menariknya tgk menu tu... ada alasan nk ke Penang ni

    BalasPadam
  9. Lama sangat dah tak holiday ke Penang..wishlist dulu ya hotel ni..

    BalasPadam
  10. Hi. Clicked to support as i noticed ur ex-sggs : georgian.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama