Salam dan hai semua.😉

Seminggu dua ni kesihatan aku tak berapa mengizinkan. Bermula dengan sakit tekak. Melarat ke demam. Kemudian selsema dan batuk. Memang rasa tak normal langsung. Serba serbi tak kena. Maybe aku terkena viral fever tapi selagi suhu panas semakin menurun, tak perlu antibiotik. Banyakkan minum air dan makan buah-buahan sebagai boosters untuk cepat sembuh.

Mungkin juga di sebabkan faktor cuaca panas kering yang sedang Penang alami. Punyalah terik menyegat bila tiba waktu tengahari. Kalau kena waktu cuti sekolah, memang berkurung je lah aku dalam rumah. Risau demam aku makin melarat.

Dalam dok demam + sakit tekak, misi mencari tukang jahit tetap aku teruskan. Selepas tailor kegemaran aku meninggal dunia beberapa tahun lepas, punyalah susah nak jumpa tailor baru. Last sekali, kawan my mum rekemenkan Kak Zah.

Dan tadi rezeki akulah dapat jumpa Kak Zah atau nama penuhnya Zaharah. Sedap la nama Nek Zah ni. Iya, aku syak umur Nek Zah dalam lingkungan 60++. Masih gagah menerima tempahan jahitan.

Selepas selesai urusan tempahan, aku ambil seminit dua untuk borak kosong dengan Nek Zah. Ceritanya, ada juga pelanggan yang dah setahun tak ambil baju yang dah siap dia jahit. Allahu, awat la pi buat perangai macam tu. Kesian Nek Zah dah habiskan kederat dan masa untuk siapkan tempahan.

Aku pun berilah sedikit cadangan sebab aku dah jatuh kesian. Aku cadangkan, Nek Zah buat notis tampal kat dinding, tempahan yang tak dituntut untuk sekian waktu tertentu, akan dijual. Ini syarat biasa jika kita tempah baju. Nek Zah akan bawa bincang cadangan aku dengan anaknya. Alhamdulillah.

Sebelum pulang aku tanya, berapa deposit aku nak bayar.

"Ish, takde deposit. Nanti dah siap, baru bayar. Nek tak ambil deposit. Tak berani. Kalau Nek meninggal, baju tak sempat siap tapi duit dah ambil."


Speechless aku. Wow sungguh pendirian Nek Zah. Aku pun pulang dengan hati yang kagum. Tapi itulah, orang baik-baik ni ada saja ujian yang terpaksa dihadapi. Semoga hidup kita juga sekental jiwa Nek Zah. Rezekikan ketentuan Allah. Part kita, usaha dan doa. 😘

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. bagusnya tailor ni.tak ambil deposit..sanggup take risk sebab taknak susah di padang masyar nanti

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama