Setiap kali bila Hud tak sihat, Klinik Syifa menjadi pilihan aku. Tak susah nak cari lokasi klinik ni. Terletak di lokasi yang sama dengan Minah Restoran, Maybank dan Giat Mara Bukit Gelugor. Klinik Syifa ni bersebelahan dengan Giat Mara Bukit Gelugor yang menawarkan kursus Teknologi Fotografi dan Teknologi Sistem Komputer.
Dari rumah aku nak ke Klinik Syifa ambil masa lebih kurang 20 minit jika jalan clear. Apa yang buat aku suka ke klinik ni ialah kerana ubatnya dah serasi dengan Hud dan anak aku yang lain. Kos rawatan pun tak mahal.
Tak seperti sesetengah klinik lain, ubat kumur (jenis yang sama dengan klinik 1 Malaysia) dan lozenges (dalam RM6 jika beli di farmasi) RM 38++. Itulah kali terakhir aku ke klinik tu.
Baru ni Hud demam selsema dan batuk sedikit. Aku tengok pada kad klinik, doktor yang bertugas pagi tu samada Dr. Arbaai atau Dr. Danial. Nak sangat aku jumpa Dr. Arbaai sebab banyak info kesihatan yang aku dapat dari beliau. Nak bertanya khabar pun iya juga.
Sampai ke klinik masa nak serah kad, aku dah nampak Dr. Danial tengah menaip sesuatu di laptopnya. Teringat pesanan Dr melalui salah satu koleksi ceramahnya,
" Jika kita sediakan masa, kita akan ada masa. Sebab ada yang tanya saya, macam mana Dr. boleh ada masa untuk menulis. Dalam masa yang sama, Dr. kena jaga klinik, hadir jemputan ceramah ke negeri lain mahupun slot untuk tv.
Sebab saya sediakan masa. Gunakan masa sebaiknya. Jika kita boleh sediakan masa beberapa minit untuk layan drama pukul 7, begitu jugalah dengan hal lain."
Lebih kurang begitulah pesanan Dr. Tepat menusuk ke hati pesanan Dr. tu. Terus aku berazam nak jaga masa sebaiknya dan habiskan ke perkara yang bermanfaat.
Selesai bagi Hud makan ubat, aku terus drive untuk balik ke Teluk Kumbar. Hud perlukan rehat secukupnya. Di bawah ni aku sediakan alamat Klinik Syifa.
Masjid Jamek Sungai Gelugor yang terletak berhadapan Klinik Syifa |
Klinik Syifa
363q, Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
No.tel : 04-657 6159
Thanks sebab sudi singgah dan baca perkongsian kali ni. Semoga hidup kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Redha Allah.
murahnya ubat...kalau dekat kL mahu 50 ke atas dah....huhu
BalasPadamMurah jugak. Kalau area Fatin mahal betul ubat. Alhamdulillah jarang sakit. Kalau sakit pon lari dari makan ubatt. Hehee
BalasPadamSemoga Hud cepat sembuh
BalasPadamlaa, sian Hud. GWS Hud
BalasPadamOh Dr Danial buka klinik juga yer
BalasPadamSalam.. Ada tak jawatan kosong asistant klinik?? Saya ada pengalaman krja klinik 7 tahun
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!