My Instagram

Tuisyen dan buku rujukan tambahan. Perlu ke?




Salam dan hai korang 😉

Walaupun dah masuk penghujung Januari, aktiviti melengkapkan keperluan sekolah anak masih belum selesai. Pulang dari sekolah, ada saja permintaan daripada anak.

"Mama, Yana nak RMxx. Cikgu Fizik suruh semua beli buku rujukan."

"Okay, malam nanti ingatkan mama tentang duit tu."

Beberapa hari selepas tu...

"Mama, dah boleh beli t'shirt persatuan silat. Harga RMxx"

"Pakai jelah t'shirt abang kamu." (niat mama nak berjimat)

"Besar sangat la mama. Bahu baju paras siku."

"Yelah. Nanti ingatkan mama."

Dan hari-hari berikutnya...

"Mama, Yana dan Daniel ada kelas tambahan setiap hari Isnin dan  Selasa."

"La, dah pi tuisyen. Tak payah la pi kelas tambahan lagi."

"Kehadiran adalah wajib la mama."

"Hamboi, dah ada wajib wajib pulak dah."

Dan begitulah sejak bermulanya sesi persekolahan. Ada saja keperluan yang tak masuk dalam senarai baget perbelanjaan. Tuisyen dan buku rujukan tambahan adalah satu keperluan agar anak tak ketinggalan jauh dalam subjek tertentu.

Nak harapkan aku, memang tak tercapai dek akal bila melihat buku teks anak. Jauh beza mukadimah untuk tingkatan 1 terkini jika nak dibandingkan dengan akak dan abangnya.

Buku rujukan lebih mudahkan pelajar untuk nampak, faham dan ingat sesuatu subjek. Nak nak yang ada nota ringkas dan nota padat. Guru tuisyen pula perturunkan skill untuk mahir dengan cara mudah. Waktu tuisyen perlu ditentukan sebaiknya agar anak punya masa untuk siapkan kerja sekolah, kerja kelas tambahan dan rehat.

Macam aku, sebolehnya aku pilih hari minggu untuk anak aku hadir ke kelas tuisyen. Selain anak aku dapat rehat pada hari persekolahan, aku juga dapat rehat dari hantar dan ambil mereka di tuisyen centre. Letih tau tekan pedal minyak. 😂

Tak cukup ke apa yang cikgu ajar di sekolah?

Depends. Ada cikgu yang amanah dalam bab menyampaikan ilmu. Terserlah keikhlasannya. Siap pakej kelas ulangkaji percuma demi anak didiknya. Dia pastikan semua pelajarnya lulus walaupun tak cemerlang. Itu lebih baik dari gagal.

Dan ada yang mengajar sekadar melepaskan batuk di tangga. Asalkan tugasan dia done untuk hari itu, settle. Faham atau tak itu terpulang pada murid. Dan untuk subjek yang terkena cikgu seperti ni, tuisyen menjadi satu alternatif. Kena pulak anak speed low nak faham apa yang di sampaikan berbanding rakan sekelasnya.

Semoga anak-anak kita semua kuat fizikal dan mental untuk hadap kehidupan mereka sebagai pelajar. Berikan mereka masa untuk tinggalkan seketika all the tips dan formula. Bawa mereka window shopping atau ke tempat riadah. Window shopping pun satu aktiviti beriadah juga kan. 😂

Thanks sebab sudi singgah dan baca nukilan aku untuk kali ni. 

2 ulasan

Lynda Che Lah berkata...

Anak Lynda baru darjah 2 kak Eiza. Tapi dah start tuisyen untuk dia faham lagi. Dan buku tambahan memang beli untuk isi masa dirumah. Tapi kesian juga tgk. Takpe.. Semoga dipermudahkan untuk anak-anak kita.

Gja berkata...

Semoga anak Kak Eiza menjadi anak yg baik dan cemerlang