Salam dan hai semua. 😉

Itu soalan yang selalu Hud tanya bila dia teringat kat abah dia. Mungkin dia terasa kehilangan. Mungkin dia rasa rindu. Tapi dia tak pandai nak luahkan. Selalunya, sehari selepas abah dia balik ke Selangor, bangun je dari tidur, dia seperti tercari-cari mana abah. Semalam abah ada sebaik sahaja dia buka mata. Hari ni dah takde.

"Mama, abah mana?"

"Abah pergi kerja. Semalamkan kita hantar abah."

"Lepas tu kita pi Tescokan."

Cerita Hud. Riak wajah dah kembali ceria bila dia teringat moment dia dapat jalan-jalan teman mama restok barang dapur.

Setiap kali lepas hantar abah dia ke stesyen bas, aku mesti bawa dia ke sesuatu lokasi untuk hilangkan rasa sayu dihatinya. Pernah sekali tu, masa aku sedang sibuk WhatsApp goodbye dengan encik hubby, tetiba Hud meraung.

"Bas abah dah pi..."

Rupanya dia terpandang bas bergerak meninggalkan stesyen. Mula terbit rasa kehilangan. Rasa rindu hingga jumpa lagi di minggu seterusnya.



Begitulah korban rasa yang terpaksa di terima oleh mereka yang bergelar PJJ Family. Bukan sesuatu yang pelik dah pada zaman sekarang. Encik hubby cerita, ramai je golongan bapa PJJ ni. Bila dah terbiasa nampak wajah yang sama setiap minggu, mulalah bertegur sapa. Ada yang setiap minggu ulang alik dari Kedah ke Selangor. Dan dari Perlis ke Selangor pun ada. Pelbagai bangsa.

Zaman petrol naik setiap minggu. Tuntutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Zaman itu ini dah semakin mahal. Sesuatu perlu dilakukan untuk teruskan kehidupan.

Ada yang tanya, tak takut kena curang ke? Yelah, sorang disana, sorang disini. Hujung minggu baru dapat jumpa. Itu pun jika tak ada event atau kelas. Jika ada, dua atau tiga minggu sekali baru dapat jumpa family. Aku jawab, kalau nak fikir penyebab terjadinya curang, yang tidur sebantal setiap hari pun jika dia pilih nak curang, akan curang juga.

Terpulanglah pada iman masing-masing. Sampai bila nak hidup dalam masalah. Tak tenteram jiwa orang yang curang ni. Cukuplah dengan pelbagai masalah yang sedang rakyat Malaysia alami ketika ini. Mohon yang baik-baik kepada Allah. Semoga kesudahan yang baik-baik untuk kita semua.

Thanks kepada yang sudi singgah dan baca nukilan aku kali ni. Until we meet again. ❤


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. kalau fikirkan anak2 memang rasa sayu..huhu

    BalasPadam
  2. EH EHHHH... kak eiza tkr template ke? lawanyaaaaaa... sorry oot

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama