Simpang jalan. - Eiza GreenAppleKu

Simpang jalan.


Ikhsan google. 

Salam dan hai korang. 😉

Pagi tadi, sebaik sahaja aku membelok masuk ke kanan jalan, ada sebiji kereta ni berhenti betul-betul selepas simpang. Buka pintu sebelah pemandu dan tertunduk-tunduk. Mungkin dia muntah or something.

Aku nyaris nak langgar belakang kereta dia. Selepas melepasi kereta tu, tak jauh dari situ lokasi sekolah anak aku. Aku bagi signal nak masuk kanan. Sambil tunggu giliran, aku nampak ada juga parent yang berhenti betul-betul selepas simpang untuk drop anak. 


(Gigih aku google gambar agar pembaca dapat clear view apa yang telah aku alami. Bayangkan kereta hijau tu kereta aku. Kalau ada kereta yang spesis 'eh takpe kejap je ni' berhenti, tak ke dah bikin huru hara sebuah pagi nan indah.)

Tindakan mereka ini buat kenderaan lain tak dapat masuk simpang walaupun laluan dah selamat untuk dilalui. 'Otak seminit' mereka ini dah sumbang kepada kesesakkan lalu lintas. Meriah la bunyi hon tanda marah, tanda suruh move ke hadapan dan mungkin pelbagai tanda lagi.

Bukan takde tempat parking kenderaan untuk tunggu, drop dan ambil murid sekolah, ada. Tapi mereka dah pilih untuk "takpe, kejap je ni."

Sedikit nasihat aku, jika nak berhenti selepas simpang, pastikan dahulu kenderaan tak halang laluan masuk kenderaan lain. Berhenti jauh sedikit dari simpang. Jangan fikir nak cepat dan eh, sempat ni, kejap je ni. Itu namanya penting diri sendiri. Dan menyusahkan kenderaan lain nak bergerak.

Mudahkan urusan semua. Mulakan pagi anda menjadi seorang pengguna jalanraya yang bijak lagi prihatin. Lastly, sila manfaatkan lampu signal kereta sebaik mungkin. 😊



5 ulasan

MiYOKO SuKi berkata...

orang2 camtula yang menyebabkan jem kat Malaysia ni....hmmmm

Sang aura berkata...

ha..tulah.Kalau kita jenis pickup laju.Sempat kita elak,in case mcm ni berlaku kan.Tapi menyusahkan orang lain.Haihh la..pengguna jalanraya sekalian

Minionlicious Enterprise berkata...

betul tu..yang penting sebenarnya pemandu kena ada kesedaran sivik

IQ = Izyan Balqis berkata...

jenuh kalau benda ni jadi, rela xmasuk kalau jadi sebab utama jammed berlaku..huhu

Cerita Huda berkata...

semoga Allah sentiasa lindungi kita semua lagi2 ketika di jalan raya, dan kita semua jadi driver yang berhemah

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.