Hidup dalam debaran.


Ikhsan gambar Google. Tq.

" Ya Allah, kau peliharalah ahli keluargaku daripada sebarang malapetaka, bencana, hasad dengki, fitnah dan kekejaman manusia. Semoga rahmat dan redhaMu sentiasa ada dengan kami. Amin."

Doaku setiap pagi selepas anak bersalam dan keluar dari kereta. Sambil pandang mereka berjalan masuk ke perkarangan sekolah, doaku kirim buat mereka. Hanya itu yang aku mampu buat ketika mereka jauh dari aku. Tahun ni, 3 orang di sekolah menengah, seorang di sekolah rendah dan seorang lagi baru 4 tahun. Yang 4 tahun pun dah mula teruja nak ikut kakak dan abang ke sekolah. Sabarlah duhai anak, masamu akan tiba juga. Waktu tu kau akan minta, cepat la zaman persekolahan habis. Letih hadap subjek dan exam. Hafal itu ini. Letih juga hadap kerenah kawan-kawan yang kuat membawang. Pantang kau lebih sikit dari mereka, mulalah viral. Hidup sentiasa dalam debaran. 

Tetapi itulah manis dan pahit zaman persekolahan aku dulu. Ada je rakan yang baik, sekepala, happy go lucky dan mara ke depan jika ada yang nak buat onar kat aku. Mereka tolong aku, aku tolong mereka semula. Setia kawan gitu. No gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut. Zaman kami tiada masa untuk dengki sesama rakan. Yang ada hanya semangat untuk berjaya dan support rakan yang lain untuk sama berjaya. Biar satu kelas lulus cemerlang 9A.

Itulah zaman kami dahulu. Zaman kemudahan internet terbatas. Bukan takde kes nakal tapi nakal yang tidak melibatkan insan lain. Berbeza dengan zaman sekarang, pukul, buli malah membawa ke kes bunuh dah menjadi kes biasa. Semuanya dihujung jari. Viral kes buli rakan sekolah, mulalah ada rasa di hati, "Aku pun nak videokanlah aksi aku." 

Allahhu. Sentap jantung melihat pelbagai kesalahan juvana yang lalu lalang di TimeLine. Pesan aku kepada anak, jangan ambil kisah jika ada yang cabar kau,

"Bukan anak jantan la sebab tak merokok!'

"Harap muka saja lawa tapi takde boifren!'

Sebab mereka  semua sedang alami kejutan budaya. Baru nak berkenalan dengan dunia. Belum kena lagi sepak terajang dari dunia. Tercari-cari matlamat kehidupan ini.

Bukan mudah jadi mak ayah. Aku sentiasa pesan kat anak aku, ketika aku jauh dari mereka, INGAT.. Allah sentiasa ada memerhati tingkah laku kalian. Itulah pesanan yang sering aku ulang dan ulang. Biar mereka jemu. Aku tinggalkan beberapa peratus rasa 'siapa sebenarnya anak aku' dalam diri aku.

Sejauh mana korang kenal siapa sebenarnya anak korang?



1 ulasan:

  1. Semoga sentiasa dilindungi, dan dijauhkan dari segala benda benda yang negatif. Insya ALLAH.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!