Menolong orang zalim dan yang dizalimi.



PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ

Dari Anas RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: 'Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim (aniaya) dan yang dizalimi". Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, jelas kami faham menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?" Beliau bersabda: "Pegang tangannya (agar tidak berbuat zalim) ". Sahih Bukhari 2264:

Pengajaran:

1.  Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mempertahankan saudara Islam yang lain dari dizalimi atau ditindas dan dihina maruahnya.

2.  Orang yang membela kehormatan saudaranya yang Muslim, akan dibebaskan daripada api neraka. Hadis Rasulullah SAW :

عَنْ أَسْمَاءَ بنتِ يَزِيدَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:مَنْ ذَبَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ بِالْمَغِيبِ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَعْتِقَهُ مِنَ النَّارِ.

“Dari Asma bt Yazid dari Nabi SAW bersabda: Barang siapa yang tidak mahu menolong saudaranya yang sedang dihina orang disisinya pada hal dia mampu menolongnya nescaya akan dihina dia oleh Allah ditengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. (HR Tobrani No: 19916)

3.  Abdullah al-Qarni: Apabila seorang Muslim mendengar kesalahan dan pelanggaran atas kehormatan saudaranya dalam suatu majlis, dia berhak untuk membela dan menjawabnya serta menjelaskan bahawa ini adalah salah dan memberitahu kebaikan-kebaikan saudaranya itu jika dia mengetahui kebaikan yang ada padanya.

4.  Jika anda berada di dalam group whatsaap, telegram dan sebagainya membaca sesuatu yang tidak benar terhadap saudara kamu yang di forward di dalam group tersebut, menjadi kewajipan untuk membetulkan dan membelanya sebelum ianya terus diviralkan dan menjadi fitnah.

5.  Seorang Muslim juga bertanggungjawab menolong saudaranya yang sedang melakukan kezaliman terhadap orang lain dengan cara menasihatinya dan menghalang daripada berterusan melakukan kezaliman tersebut. Jangan biarkan saudara Islam kita berterusan melakukan maksiat dan dosa. Firman Allah:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”. (Al-Maidah : 2)

6.  Al-Sobuni mengulas ayat di atas dengan katanya: Bertolonglah kamu di atas perkara kebajikan dan meninggalkan kemungkaran. Takutlah hukuman dan balasan azab kerana Allah amat tegas hukumannya dan keras kepada sesiapa yang derhaka.

Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang perihatin terhadap orang lain, menolong sahabat kita yang dizalimi juga yang melakukan kezaliman.

10hb Okt  2017
19hb Muharam 1439H


Ulasan

Self-Rewards

NetKL Network

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : NAFAS CINTA INSYIRAH

D'FOLIA MENJADIKAN WANITA LEBIH BERSERI DARI DALAM

AYAH GAY MALAS BEKERJA

DATO' HARON DIN, PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'