Kredit to Google.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Utama

عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Dari Abu 'Amru Asy Syaibani bahawa seorang laki-laki berkata kepada Ibnu Mas'ud, "Amal apakah yang paling utama?" ia berkata; "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hal itu, maka baginda pun menjawab: "Solat sesuai dengan waktunya, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah." [HR. Tirmidzi No.158] Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Antara amal utama dalam kehidupan Muslim:

1.  Solat di awal waktu

2.  Berbuat baik kepada ibu bapa (sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas meninggal dunia)

3.  Berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut ruang dan kesempatan yang ada) antaranya:

a. Jihad mengislahkan masyarakat kepada pengabdian diri terhadap Allah
b. Jihad mencari ilmu, mengamalkannya serta menyebarkan
c. Jihad melawan nafsu
d. Jihad menentang hasutan syaitan
e. Jihad menentang kezaliman dan mungkar

JOM melakukan amal-amal yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita.

08hb Okt  2017
17hb Muharam 1439H


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama