Cosmoderm penyelamat aku! - Eiza GreenAppleKu

Cosmoderm penyelamat aku!


"Arghh!"

Aku jerit dalam hati. Cepat-cepat sisa buih sabun yang ada kat muka aku, aku halakan ke pancuran air yang sedia terbuka. Rasa pedih yang menyerang wajah dah berkurangan. Tidaklah seperti sebentar tadi. Pedih gila!

Aku tenung kecil besar kecil besar sabun pencuci wajah yang dah aku potong menjadi empat potongan kecil. Seriusly, apa benda yang ada dalam sabun ni? 

Aku melangkah keluar dari bilik air. Kesan air yang ada di muka aku lap perlahan. Masih terasa pedih. Rasa macam terbakar pun iya juga. Lama-ke lamaan aku rasa kulit wajah aku tegang! Makin kering wajah aku, makin menjadi-jadi rasa tegang. Apa pula ni!

Tanpa berfikir panjang, aku capai pelembap muka Tea Tree Oil Day And Night Moisturiser with Vitamin E. Terus sapu ke muka. Dengan harapan, pelembap tersebut dapat memberi kelegaan pada muka aku. Dan, ianya menjadi!

Hari pertama sesi pemulihan, muka aku tak boleh dibiarkan tanpa pelembap. Mesti kena sapu. Jika tak, kulit akan kering dan tegang. Lepas ambil wuduk pun aku mesti sapu pelembap sebelum solat. Jangan risau sebab produk ni Halal. Boleh digunakan tanpa was-was.

Masuk hari kedua, kesan kulit mengelupas dah lembut. Rasa kering dan tegang dah banyak kurang. Alhamdulillah. 

Wajah aku ambil masa 3 hari untuk kembali ke asal. Tulusly, aku dah serik nak cuba sebarang pencuci muka. Nak pula yang menjanjikan 3 hari, 7 hari kulit wajah akan putih bak telur dikupas. Herm, memang nak terkupas pun kulit muka aku. Ngeri!

Dah janji dengan diri sendiri, nak kekal guna Cosmoderm. Tepis ke tepi semua iklan kosmetik yang menggoda jiwa. Doakan aku ye. 




5 ulasan

qaseh dalia berkata...

suka jugak cosmoderm , tak kering ..

Nurul berkata...

hati-hati pilih pencuci muka dan produk penjagaan kulit. Pastikan ianya semulajadi, tiada bahan berbahaya. Check kat label. Kalau ragu-ragu jangan guna.

GreenAppleKu.com berkata...

Qaseh, betul. Akak guna dua jenis. Yang Tea Tree tu guna waktu siang. Vitamin E tu guna pada waktu malam. Yang Vitamin E ni berminyak sikit. Kulit akak pula jenis berminyak, so sapu sikit je.

GreenAppleKu.com berkata...

Tq Nurul. Memang lepas ni akak akan lebih berhati-hati. Bahaya betul mereka ni, entah apa bahan yang mereka letak. Jahanam muka pengguna.

yaya cendana berkata...

assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.